February 15, 2016

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Simpan Emas sekarang

1/- KESELAMATAN
================
Sedar tak? Wang yg kita simpan di bank akan hilang secara perlahan². 
Setiap kali nak draw duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang² tu bila akaun bank kita tak aktif, pihak bank akan sedut je baki yg ada dlm bank tu.. Pernah kena tak?


2/- PERLINDUNGAN 
=================
Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling & duit kertas yg kita simpan sekarang ni) akan sentiasa di mamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan turun. Tengok la nilai RM berbanding USD skrg. Sedih.

Emas pula kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat.
Yang paling best. Kekayaan kita tidak akan berkurangan jika simpan emas. Sebab tu la raja² suka simpan emas. Raja kan kaya.



3/- MUDAH DICAIRKAN
====================
Selain emas, kita juga boleh melabur dlm pasaran saham, hartanah, properti & bon. Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. 

Jika pd satu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu ambil masa yg panjang utk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang bila kita terdesak. 


Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya kedalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni. Sebab apa? Sebab permintaan terhadap emas ni memang sentiasa tinggi terutamanya di kedai² emas, kedai pajak gadai, peminat emas & lain² .


4/- TAHAN LAMA
==============
Aset seperti rumah,kedai, kereta, surat berharga malah wang kertas akan mudah terbakar atau berendam di dlm air apabila berlakunya bencana alam. Nilainya juga akan hilang. 

Emas pula bersifat tahan pada api & air. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.


5) HAK PEMILIKAN & PENGELOLAAN SENDIRI
======================================

Anda beli emas, anda dpt emas, anda pegang emas, anda simpan emas & anda yg menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. 

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yg mampu menghalang diri anda sendiri utk mengambilnya apabila perlu.

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila² masa je anda boleh buat. 

Namun, sekiranya aset anda dlm bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yg lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dlm keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan. 

Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sbg contoh, agak sukar utk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yg sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yg segera.

Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah. 

-----------
Jom mulakan tabungan kita dengan menyimpan 1gram emas setiap ahli keluarga.

#PG000417

Kredit : sahabat 

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete

dinar

dinar