January 31, 2016

GAP tu apa ye?
---------------------
Jom tengok GAP tu apa & apa pulak kelebihannya.
.
GAP adalah singkatan kepada Gold Accumulation Program, ia bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja. 
.
Ciri-ciri dan Kelebihan GAP: 
-------------------------------------
1. Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gram sahaja. 
2. Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm). 
3. Disokong 100% oleh emas fizikal Tiada yuran simpanan
4. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
5. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
.
Anda boleh keluarkan jongkong emas 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g dan 250 gram daripada akaun GAP anda.
.
Selain jongkong emas, anda juga boleh mengeluarkan dinar emas 999.9 daripada akaun GAP. Dinar emas yang anda boleh dikeluarkan adalah: ½ Dinar (berat 2.125 gram), 1 Dinar (4.25 gram), 5 dinar (21.25 gram) dan 10 Dinar (42.5 gram).
.
Panduan: Membuka akaun GAP
---------------------------------------------
1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas. 2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)
Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
-----------------------------------------------
.
Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold
----------------------------------------------------------------------
Buat bayaran ke Maybank : 
PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD [ 557139238048 ]

Langkah 3: Emelkan butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda
------------------------------------------------------------------------
Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran ke gap@publicgold.com.my dan cc ke zumaira@publicgold.com.my & aidaqsvc@gmail.com /

contoh emel :

Nama : Fatimah Suhaila Binti Amin 
No IC : 680805-01-6768 
Hp : 019-351 0089
emel : Fsuhaila@gmail.com
Belian GAP : 1 gram = RM175.00
[Maybank 21/10/2015 jam 9.25.15, RM175.00]
Introducer : AIDAQ PG 000417

** Sila attach/upload : Slip bayaran / bank-in Maybank dalam emel.
.
Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda
---------------------------------------------------------------------
Akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam dari tempoh penerimaan email pembayaran. Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah.

SMS ini menandakan pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.
p/s : Simpanan dalam bentuk emas memastikan nilai Ringgit kita tak akan menyusut.

January 22, 2016

Kelebihan menabung dalam bentuk 1 emas 999.9

Menyimpan bukan lagi dengan prinsip kalau ada duit lebih barulah kita nak menyimpan tetapi menyimpan adalah merupakan amalan 'mandatori' untuk memberi peluang kepada kita mengembangkan daya hidup untuk masa hadapan.

Mulalah menyimpan walaupun dengan  jumlah yang kecil kerana yang akan menikmati hasilnya adalah kita bukan makcik Limah sebelah rumah!

Cuma saranan saya menyimpanlah dalam bentuk emas fizikal sekurang-kurangnya 1 gram sebulan.

Kenapa nak simpan 1 gram sebulan?
---------------------------------------------------

MAMPU MILIK
- harga runcit 1 gram kurang daripada RM200 manakala jika kita memilih untuk menyertai Gold Accumulation Program (GAP) harga tawaran hari ini adalah RM165.00 segram. Sudah pasti ia sangat boleh dimiliki.


MUDAH DIJUAL BALIK - sekiranya anda terdesak dan memerlukan wang, menjual 10 keping emas 1 gram lebih mudah berbanding menjual 1 keping gold bar 5 gram. Ini kerana anda boleh menjual kepada 1 hingga 10 orang berbanding 5 gram yang perlu dibeli 1 orang sahaja dengan harga yang tinggi.

MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI - Emas yang kecil mempunyai nilai yang tinggi kerana pembuatannya yang sukar dan mudah untuk mendapatkan buyer malah mungkin juga amat muudah untuk menerima repeat order dari customer kita.

SESUAI DIJADIKAN HADIAH - Hadiahkan rakan anda dengan emas 1 gram emas ini amat sesuai kerana harganya yang mampu dibeli disamping menyedarkan penerima hadiah untuk menyimpan emas.

SIMPANAN IBUBAPA - Selain memberikan wang kepada ibu bapa anda, pemberian 1 gram  emas sebulan mungkin dapat menggembirakan ibu bapa anda.

TABUNG EMAS ANAK-ANAK
- Sesuai dijadikan tabungan emas untuk anak- anak. Lebih menguntungkan pada masa depan.

January 12, 2016

APA ITU GOLDBAR? - Repost

Goldbar ini adalah jongkong emas tulen 999.9 yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil.

KENAPA HARGA PASARAN GOLDBAR 1GRAM LEBIH MAHAL?

1. Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar.

2. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g),hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali. Kemudian dipacking satu-satu dan ini memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses.

3. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal..

Mulakanlah tabungan emas kita hari ini kerana  nilai duit semakin hari semakin jatuh dan tidak stabil tetapi situsi  mata wang tidak akan sekali-kali menjejaskan nilai emas malah ia tetap akan terus naik.

Kesimpulannya zaman 70an 20sen boleh beli mcm2 zaman sekrng RM3 baru boleh beli


Zaman dulu beli emas 1grm RM20, RM30 sekarang RM170. Usah tunggu harganya jadi tak mampu milik baru nak  beli.

Boleh beli secara online di sini : Order online  atau hubungi 012-33 99 034.


January 02, 2016

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas.

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik walaupun ada kalanya ia turun seketika.

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang.

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang.

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga.

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam.

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat.

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga.

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat.

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan.

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai.

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga.

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah.

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar.

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan.

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import.

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan.

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil.

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup.

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar.

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank.

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan.

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang.






       

dinar

dinar