February 04, 2016

13 Kelebihan Utama Emas Public gold

Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain? Jawab saya, tentunya Public Gold.

Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi sepanjang pemerhatian saya sejak 2010, emas Public Gold yang paling senang beli, senang jual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.


Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 13 point yang saya senaraikan ni. Dan cuba bandingkan emas Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas lain yang ada dalam pasaran.

Bila nak beli emas, tak boleh tengok cuma satu kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”.

Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar! Itu kes yang pernah saya jumpa.





Kisah akak ini, dia beli emas jenama X hanya disebabkan harganya lebih murah, tetapi bila nak jual balik, company tak nak beli! Jadi kalau nak beli emas, mesti menilai secara ‘pakej’ supaya dapat maksimumkan keuntungan.Cuba teliti 13 kelebihan utama emas Public Gold ni, dan buat perbandingan:
#1 – Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang.

Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

emas public gold vs poh kong

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

#2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran

Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas. Saya pernah buat perbandingan susut nilai emas di Malaysia dalam artikel “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”.

Susut nilai emas Public Gold cuma 5% – 8% jer, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

Kalau sahabat pembaca perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spred / susut nilai dia kecil.

Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

gold bar 250 gram lbma public goldSusut nilai gold bar 250 gram cuma 5%. Harga emas naik 8%, dah untung at least 3%.

spread susut nilai dinar gold bar emas public gold Senarai spread emas Public Gold

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 5%), susut nilai sebenar cuma 2.7% (5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 3% pun dah untung 0.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”.

Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

mesej public gold harga rendah. Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat November 2015, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

cawangan public gold18 cawangan seluruh Malaysia.  Senang beli, senang jual.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Selama 5 tahun lebih dalam pelaburan emas, saya perhati, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal.

Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Emas public gold kemek calarUntuk emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih maintain.

dinar gold bar 24k lbma Untuk emas jenis LBMA (versi baru) begini, kalau sealnya rosak, spread hanya 10%.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Mulai pertengahan tahun 2011 dulu, banyak ar-rahnu tak terima pajakan hampir kesemua jenis dan jenama gold bar dan dinar (termasuk Public Gold) sebab isu manipulasi pemajak tegar yang menjejaskan cashflow ar-rahnu. Masa tu, ar-rahnu agak “memilih” jenis emas untuk diterima sebagai cagaran pinjaman.

Tapi mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.

ar-rahnu public goldAntara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.

#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.

Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

harga emas kitco. Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia www.kitco.com

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari.

Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

jualan balik emas Public Gold secara besar-besaranJualan balik emas Public Gold secara besar-besaran oleh sahabat saya tanpa sebarang masalah.

#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold.

Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

bunga mas public gold 100 gramSetiap keping emas disertakan sijil ketulean yang disahkan oleh assayer bebas.

#10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Tak nak jadi dealer?

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau ada modal) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), 1.5% (belian RM200,000) dan 2.0% (belian RM1 juta). Dan Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3%, 1.8% atau 2.3% bergantung tahap dealership.

#11 – Tiada GST 6%! (Terkini)

Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA) sebagaimana saya jelaskan dalam artikel “Kesan GST Ke Atas Pelaburan Emas“.

Jadi pembeli emas Public Gold jimat dari membayar kos GST 6%! Kos 6% bagi emas sebenarnya terlalu besar berbanding barangan runcit. Kalau emas yang kita beli nilainya RM10,000, maksudnya kita jimat RM600! Oh, banyak tu!

#12- Tiada GST 6%! (Terkini)
Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST.
Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA). Jadi pembeli emas Public Gold jimat dari membayar kos GST 6%!
Kos 6% bagi emas sebenarnya terlalu besar berbanding barangan runcit. Kalau emas yang kita beli nilainya RM10,000, maksudnya kita jimat RM600! Oh, banyak tu!
#13 - Saya menabung & melabur adalah untuk melindungi kekayaan bukan meningkatkan kepapaan dengan menyertai skim pelaburan yang menjanjikan bumi & bintang.
Untuk dapatkan lebih banyak info ‪#‎emas‬ rujuk www.publicgoldbar.blogspot.com

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli.


No comments:

Post a Comment

dinar

dinar