April 19, 2011

Susutnya nilai tunai setiap tahun berbanding emas

Rata-rata kita dengar orang mengeluh...tak cukup duit...dulu RM50.00 boleh beli macam-macam tapi sekarang...? so kali ni saya ingin berkongsi fakta-fakta mengenai kelemahan tunai di dalam menyimpan kuasa beli kita.

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Banyak sebab perkara ini berlaku... cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.
Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan malah nilai emas akan sentiasa meningkat..

contohnya : 20g emas 999.9 yang di beli pada 19/10/2009 RM2,512.00 kini bernilai RM3319.00 hari ini tanpa perlu kita  buat apa-apa pun! Simpan je... (bayangkan kalau kita buat jual beli secara kecil-kecil dgn saudara mara & kenalan kita...? simpan...untung, jual beli pun...untung!)

Harap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

kredit info : sahabat serambiemas

April 16, 2011

SILVER/PERAK/DIRHAM

Terpanggil rasanya nak kongsikan info tentang SILVER/PERAK/DIRHAM ...moga perkongsian ini memberi manafat kepada kita semua & membantu kita membuat keputusan yang bijak dalam mempelbagaikan portfolio investment  kita.

Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, para analisis menyeru warga dunia agar menggunakan silver. Kesempatan terbaik untuk umat Islam untuk menyimpan dirham/silver / perak.

Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000).
Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? 'Belilah perak!' Nasihat 'Belilah perak!'

Kempen yang bermula sejak 2009 lalu. Salah satu latar belakangnya, tentu saja, adalah krisis kewangan yang terjadi di Amerika akhir 2008 lalu, Akibat runtuhnya kredit perumahan di sana yang memberi kesedaran orang ramai berhubung tentang gelembung ekonomi wang kertas.

Pada tahun 2010 kempennya untuk membeli dan menyimpan perak kembali disuarakan, kali ini oleh Max Keiser, juga seorang pengkritik dan penasihat kewangan.
Bagi kita sebagai orang Muslim, seruan untuk memegang perak ini tentulah sangat tepat dan mudah diikuti, dengan telah beredarnya koin Dirham Kelantan/ DGE dan sebagainya . Secara kesimpulannya dirham mampu menjaga nilainya semakin terbukti, dan dalam keadaan sekarang, bahkan melebihi kemampuan emas. Mengapa? Karena ratio nilai emas dan perak saat ini sangat besar sekitar 1:50, sedangkan dalam waktu yang sangat lama rationya adalah 1:15 (lihat Diagram 2). Ini terjadi sejak akhir tahun 1970an, bahkan pernah mencapai titik terendahnya sampai di bawah 1:90 pada awal 1990an.

Sekiranya panduan yang kita gunakan merujuk kepada apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, melalui hukum zakat dan sejarah di Madinah saat hukum itu ditetapkan, ratio nilai Dirham:Dinar ini bahkan seharusnya antara 1:10 dan 1:12. Maksudnya harga perak saat ini sangatlah murah.

Inilah saat yang tepat dan baik untuk memperbanyak jumlah Silver/ Dirham /Perak yang ada di masyarakat, dengan cara menukarkannya dengan wang kertas, atau melalui transaksi perdagangan, sedekah, dan pembayaran zakat.

Secara praktikalnya kenaikan nilai tukar Dirham perak dalam setahun terakhir ini memang sangat tinggi, dari RM 13.00 (Agustus 2010) menjadi RM 20.00 (Desember 2010). Maka nilainya naik sebesar 53.84%/tahun atau 4.48%/bulan.

Pada masa akan datang kenaikan harga silver akan terus mencanak naik..dan naik…, bahkan akan lebihbesssaarrr lagi peratus kenaikan nilai harga perak, kerana permintaan dan penggunaannya akan jauh lebih besar. Bahkan kenaikan silver ini disokong oleh kempen2 dari pakar seperti Robert Kiyosaki dan Max Keiser di atas.

Permintaan logam perak akan membesar dalam waktu dekat ini karena beberapa hal :

1. Sebab perak digunakan untuk berbagai keperluan industri dan sebahagian besar telah habis. Ini berbeza dengan emas yang stoknya tidak pernah berkurang, kerana hanya digunakan sebagai cadangan kekayaan. Jadi, sensitifitas nilai tukar perak akan sangat tinggi terhadap peningkatan permintaannya.

2. Perak dan emas sama-sama merupakan logam mulia, tetapi harganya jauh lebih murah berbanding emas. Sebagai koin Dirham saat ini dapat diperoleh mulai dari suku, setengah dan 1, 2, 5,10 & 20 dirham serta 1 oz bar dan coin . Ini membuat perak dapat dijangkau oleh semua lapisan masyarakat.

3. Bersama pasangannya Dinar Emas, Dirham perak secara praktis telah berlaku kembali dan digunakan sebagai alat tukar atau matawang. Ini memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak memiliki wang ringgit pun dapat memiliki Dirham perak, melalui jual beli, barang dsb.
4. Dirham merupakan alat pembayar zakat mal, dengan ketentuan Nisab yang lebih rendah dari Dinar, yakni 200 Dirham. Ini memberi kesempatan bagi si kaya untuk memberi kepada si miskin, melalui pembayaran zakat mal, dengan jumlah muzakki yang akan jauh lebih banyak ketimbang muzakki yang memegang Dinar emas. Dan ini bererti peredaran kekayaan akan lebih mudah dan luas terjadi melalui koin Dirham perak.

Lihatlah apa yang terjadi di Amerika Utara baru - baru ini, U.S. Mint, pencetak koin emas dan perak di AS, pengeluaran pertama tahun ini saja telah menjual koin Silver Eagle jauh lebih tinggi berbanding tahun – tahun sebelumnya, lebih dari satu juta koin silver telah dikeluarkan untuk memenuhi permintaan dunia.

Begitu juga Royal Canadian Mint, sepanjang tahun 2009, meningkatkan pengeluaran sehingga 9.7 juta koin Silver Maple Leafs, yang merupakan rekod tertinggi di dunia.

Untuk membuktikan permintaan silver semakin meningkat di negara kita :-
Harga 1 dirham kelantan sekarang RM 20.00 berbanding pelancaran pada awal Ramadan 1431H hanya sekitar RM 13.00 iaitu kenaikan sebanyak 53.84% dalam tempoh 5 bulan. Dijangkakan harga silver tahun 2011 akan naik sebanyak 70% iaitu harga mencecah 51 USD, bermakna 1 dirham akan menjadi RM 35.00 - RM 40.00 pada tahun 2011 nanti.

Semoga mendapat ilmu bermanfaat tentang kelebihan silver/perak/dirham untuk dikongsi bersama.

Kredit info : http://emaspadu999.blogspot.com/

HARGA EMAS TERTINGGI DALAM SEJARAH

Amat beruntung orang yang menyimpan emas. Harga emas telah berada pada paras tertinggi MENGIKUT Federation Of Goldsmith And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM).

Kedai EMAS semakin lengang

KOTA BHARU 14 April 2011– Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

dinar

dinar