December 23, 2010

DIRHAM oh DIRHAM

Hari ini kita mungkin tak peduli tentang harga perak sebab tak ramai yang tahu bahawa perak juga sangat berharga & ia juga adalah matawang yang pasti menguntungkan jika kita mula menyimpannya mulai sekarang.

Nak bukti?? Tonton video di bawah ini & nilaikanlah sendiri untuk kesejahteraan kita sekeluarga...





Silver? eehh ...kenapa silver pilihan ku?

-kenapa aku beli silver, adalah kerana harga silver lebih murah dari emas,
-kenapa aku beli silver, sebab harga silver masih mampu aku nak beli.
-kenapa aku beli silver, sebab dirham dibuat dari silver.
-kenapa aku beli silver, sebab sebagai sample bila nak tunjuk kat pelanggan
-kenapa aku beli silver, sebab harga silver masih berada dibawah harga sebenar silver / undervalue  (eh ye ke?)
-kenapa aku beli silver, sebab silver adik beradik tiri dengan emas.
-kenapa aku beli silver, sebab aku dah boleh buat posting tentang silver dalam blog aku

KENAPA AKU BELI SILVER?
Haa....CUBA TENGOK INFO KAT BAWAH NIH!


INI HARGA SILVER MASA AKU BELI BULAN OGOS





Cuba bayangkan dalam diam kita tanam ubi....berisinya menjadi-jadi....kenaikannya hampir 47% dlm 3 bulan!

Nak beli silver? senang saja, call kak Aida 012-3399034 atau mana2 sahabat di listing sebelah tu.

info ini perkongsin dari sdr jeman yang banyak mengumpul silver...

December 18, 2010

silver is the single best investment

The most important thing you need to know is that silver is the single best investment for the next decade. In the opinion of the National Inflation Association (NIA) investing in silver is the only sure way to tremendously increase one's purchasing power over the next ten years.
So says the National Inflation Association (www.inflation.us) in an article* which Lorimer Wilson, editor of www.munKNEE.com, has reformatted below for the sake of clarity and brevity to ensure a fast and easy read. (Please note that this paragraph must be included in any article reposting to avoid copyright infringement.) The NIA goes on to say:

Throughout world history, only ten times more silver has been mined than gold. If you go back about 1,000 years ago between the years 1000 and 1250, gold was worth ten times more than silver worldwide. From year 1250 to 1792, the gold to silver ratio slowly increased from 10 to 15 and the Coinage Act of 1792 officially defined a gold to silver ratio of 15. The ratio remained at 15 until forty-two years later when the ratio was increased in 1834 to 16, where it remained until silver was demonetized in 1873..

The gold to silver ratio remained between 10 and 16 for 873 years! It is only over the past 100 years that the gold to silver ratio has averaged 50. History will look back at the artificially high gold to silver ratio of the past century as an anomaly, caused by the dollar bubble and the world being deceived into believing that fiat currencies are real money, when in fact they're all an illusion. This fiat currency experiment will end badly in a currency crisis. The wealthiest people will be those who bought silver today and were smart enough to research and pick the best silver mining stocks..

Why Gold Could Go Even Higher?

By: Tom Taulli
Contributor
StreetAuthority
Published: November 17, 2010
Back in the late 1990s, there was a raft of books calling for the Dow to reach 30,000 or even 100,000. Looking back on it, it seems crazy. But such things are natural during bull markets. Interestingly enough, book titles can be an indicator that a bubble is about to burst.

When it comes to gold, we are starting to see something similar. For example, a recent book called Hard Money makes the bold prediction that gold will eventually hit $10,000 per ounce. It's inevitable that we will see other titles hit the market soon.

But in the case of Hard Money, the author is not a crackpot. He actually manages the GBI Gold Fund and is the head of Global Research at the Teacher Retirement System of Texas. He even convinced the pension fund to take a major stake in gold in 2007.

True, there are many top-notch analysts who have made bad calls. Not many saw the collapse of 2008, right? But in the case of gold, there are certainly strong arguments why the price can go higher. However, there will need to be some key drivers.
One factor is that the global economy will need to remain volatile. Unfortunately, this seems to be likely. With the latest round of quantitative easing from the Federal Reserve, the printing of dollars continues at an alarming rate as the budget deficit continues to expand.

The debt explosion is not just in the United States, but also in Japan and Europe. The problem is that it becomes nearly impossible to pay off these debts with onerous tax hikes. In its place, governments will instead rev up the printing presses and monetize the debt.

The upshot is inflation. This is what happened to the world economy during the 1970s, in which gold spiked 23 times its value.

to read more?  click :
Source: http://www.topstockanalysts.com/cmnts/2010/11-17-10-tt-gold.asp?utm_source=+NL-TopStockAn&utm_medium=EMAIL&utm_campaign=TopStockAnalysts.com_TSA_Digest_--_11-17-1011/17/2010

December 12, 2010

Nak buat presentation sendiri tapi....

Kalau anda perlukan bahan untuk buat presentation tentang Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas download slide ini & ia pasti  akan membantu anda.

Bagi mereka yang masih menunggu harga emas jatuh baru nak mula menyimpan & menambahkan kekayaan melalui emas boleh terus menunggu tetapi yang pasti harga emas tetap akan terus naik (mahal). Apakata anda buat tindakan sekarang & tunggu beberapa bulan lagi..... harga emas akan TERUS meningkat.... & anda boleh nampak keuntungannya.

Adalah lebih berbaloi menunggu sambil menambahkan wang daripada menunggu harga emas jatuh tetapi langsung tidak mendatangkan hasil!

Ingin jadi pengedar Public Gold & mula berniaga emas (sekurang-kurangnya kita boleh jadi pembekal emas fizikal kepada ahli keluarga kita)?

Berbaloi-baloi......

Dapatkan borang agen di sebelah atau hubungi 012-3399034

December 01, 2010

Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan.

Public Gold sekali lagi akan menganjurkan seminar yg akan membantu kita mempelajari banyak maklumat berkenaan emas, sistem kewangan, peranan dinar emas dan banyak lagi ilmu-ilmu menarik yang sewaktu dengannya.

Sebelum ini, Public Gold pernah juga menganjurkan seminar seumpama ini yang bertajuk Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas. kalau nak tahu mengenainya di sini (klik sini). Memang sangat berilmu dan bermanfaat.


Maklumat lanjut berkenaan seminar ini adalah seperti berikut:
Tempat: Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor
Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Yuran pendaftaran: RM60 seorang [bukan dealer]/RM50 [dealer]

Siapakah penceramah-penceramah seminar ini?

Untuk seminar ini, terdapat 5 penceramah yang diundang khas untuk berkongsi ilmu dengan anda.
Mereka adalah:
1. Dr. Umar Ibrahim Vadillo
2. Assoc. Prof. Dr. Mahamad Hakimi Ibrahim
3. Prof. Dr. Zuhaimy Ismail
4. Assoc. Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera
5. En. Syukor Hashim

Kelebihan datang ke seminar ini?

Sebenarnya Majlis ilmu seperti ini sangat jarang-jarang ditemui. Ia akan memberikan kita ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin ia akan memberikan kita satu perubahan paradigma mengenai keistimewaan emas, peranan emas dan apa yang berlaku di dunia pada hari ini.

Jadi jgn ketinggalan, hubungi 012-3399034 / aidaqsvc@gmail.com utk pendaftaran

November 16, 2010

Emas, penyelamat di dunia & di akhirat...

Terasa benar cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kehadiran Aidil Adha lagi esok, semoga keberkatan Aidil Adha akan membawa kita kepada hidup yang sentiasa di berkati, penuh kebahagiaan, kesihatan, kekayaan & kejayaan dunia & akhirat.

Dalam kita mengejar nikmat hidup ini cuba kita selami kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan hari ini di mana beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada."Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.

Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.
"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan. "Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang. "Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka. "Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

November 01, 2010

Info Harga Emas di Malaysia dan Dunia

Setiap hari ramai yang bersembang tentang emas tak kira makcik kiah ke, cik esah lawa ke... tentang gelang panjang sehasta atau pun eksekutif muda di pejabat semuanya dah mula ada kesedaran untuk mengukuhkan aset mereka dalam bentuk emas fizikal...


Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali. Oleh itu, harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.

Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD
2.Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. USD makin lemah, RM semakin kuat.












Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.

(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:


Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.

2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold).

Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda :)


October 13, 2010

Nak info tentang emas? 50 perkara yang anda perlu tahu...

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. 
Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida
    walaupun didalam air

10
Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
      Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan 
      kekayaan individu.


11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol
      samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas
      telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai
      konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
     dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik
      terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak
      balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
      Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak
      balas dengan Asid Nitrik.

18. 
Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk 
      menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai
      pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak
      Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat
      mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan
      halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi
      hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
      (perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
·                     Kekerasan
·                     Kekuatan
·                     Sifat kelogaman(metallugical)
·                     Suhu lebur
·                     Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor 
      haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan
      agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
·                     Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-
·                     1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang
      tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada
      kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
      atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34.
 Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan 
      campuran beberapa komposisi copper (tembaga) 
      dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
      semulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai
      tambatan matawang.  
Jumlah emas yang disimpan bank 
      negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya
      tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran
      urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
      terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk
      membiayai kempen peperangan masing-masing.

41.
 Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan 
     tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang
      telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang
      mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai
      Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan
      biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan
      ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930
      adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti
      keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada
      emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti
     American  Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South
     Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam  
      bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 999.99% emas.


info ini telah disumbang oleh : saudara Bau

October 11, 2010

Kekayaan bertambah melalui zakat yang berkat

Ramai yang berusaha keras untuk menambah kekayaan tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang ada cara yang sangat mudah untuk mendapat kekayaan yang berkat itu... Berzakatlah...

Untuk makluman bersama, berikut adalah info zakat yg boleh dijadikan panduan untuk kita bersama

Emas adalah antara  logam yang diwajibkan zakat & kewajipan zakat ke atas emasi dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.                                                  At- Taubah; ayat 34-35
Terdapat 2 keadaan Zakat emas dikira:-

1. Jika emas tersebut hanya di simpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.


Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150


2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.90


Menurut hukum syarak, logam perak juga adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62/g
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5% =  15.50

September 20, 2010

Secebis pandangan untuk kita fikirkan...

Ketika browsing forum jutawan emas saya terlihat info dari Ust Rafidi yang ditulis pada Feb 23, 2009 berkaitan pandangan Tun Dr Mahathir tentang wang kertas...

Tun Dr Mahathir Mohamad has called for a ban on the manipulation of “money to make money” to help resolve the global financial crisis.

Apa yg saya faham maksud Tun ialah penyalahgunaan fungsi wang sebagai alat tukar cthnya : Jika kamu memberi pinjaman 100K & kamu mengenakan interest 5% atau 5k , itu adalah riba. Wang sepatut hanya berfungsi sebagai medium of exchange, pengukur antara satu barang ke satu barang yang lain. Sesuai dgn kata ibn Khaldun , Allah swt memilih emas dan perak untuk jadi kayu pengukur benda lain.

Wang kertas yang dicetak US cthnya hanyalah sekeping kertas yg dicetak diberi nilai pdnya, tanpa ada backup. Kertas kosong semata – mata. Dengan Us dollar mereka membeli minyak dan komiditi lain serta memerangi umat Islam.

The former Prime Minister said the main problem was that banks were empowered to create money out of thin air and lend money which they did not have.
Sistem Perbankan sekarang adalah satu penipuan. Mereka sebenarnya tak ada wang. Tetapi mereka dibenarkan untuk memberi pinjaman lebih dari deposit yg ada. Dalam kes di Malaysia nisbah rizab deposit ialah 1:49, jika dalam simpanan deposit bank ada 1 juta , bank boleh memberi pinjaman sehingga 49 juta. Dari mana wang itu datang, atas angin , sebenarnya tak ada. Selagi wang deposit 1 juta tidak dikeluarkan serentak.

Bank akan selamat, tetapi jika berlaku Bank run, pendeposit mengeluarkan wang serentak, bank tersebut akan collapse. Keuntungan bank adalah dari interest.

Isu yg dikentengahkan disini.
1. Rizab berkanun / fractional reserve banking
2. wang kertas/elektonik/cek/smart kad tanpa backup apa pun.
3. Interest/keuntungan bank (Istilah bank Islam)

Ketiga – tiga ini jelas menjadi punca krisis kewangan global kerana ia jelas riba termasuk Islamic Banking. Alternertifnya, marilah kita balik kepada Islam yang telah mensyariat dinar & dirham sebagai matawang dalam menghidupkan ekonomi sebenar (real economy) dan bukan finansial ekonomi berasaskan wang fiat.

kisah 3 Abdul dgn harta kekayaan!

Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Okie… ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versi modified.

 

Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.

KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.
Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.
”Ya bapak” ,  jawab mereka serentak “Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu. “Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.“Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.

“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak!…”  jerit mereka bertiga.

Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan. Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya… Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”.
Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis…
Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu…
Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.

Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia boleh start jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.
Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah :)

Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

 

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?

Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. Keyword: your knowledge will make money for you.
Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.
Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar.
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar.


September 08, 2010

Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin


Setelah sebulan berpuasa Ramadhan, tibalah masanya kita meraikan kedatangan Syawal semoga segala amalan & ibdah kita diterima Allah dan kita dikekalkan dalam iman sepanjang masa.

Kepada semua sahabat & kenalan online & offline, salam Aidil Fitri & berhati-hati memandu di jalan raya, semoga kepulangan kita ke kampong halaman penuh dengan kegembiraan bukan dinanti dengan tangisan...

September 04, 2010

Hari-hari yang kita lalui tak selalunya senang...tapi kalau kena dengan gayanya, susah macam mana pun pasti ada jalan keluar terutama jika kita bersedia dengan 'passive income strategy'.

Contohnya semalam harga emas telah naik mendadak sebanyak 17 USD/Oz (menjadi USD 1249) sepanjang urusniaga pasaran NYMEX (New York Mercantile Exchange) maka cerialah para pelabur emas semalam tengok harga emas naik dgn banyak!

Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Siapkan minda anda terlebih dahulu, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.

Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas tetapi bukan bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan jika anda pelabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (http://www.kitco.com/)
ii. The Bullion Desk (http://www.thebulliondesk.com/)
iii. Goldsilver.com (http://www.goldsilver.com/)
iv. Mineweb (http://www.mineweb.com/)
v. Casey Research (http://www.caseyresearch.com/)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Jadi, kalau anda dah bersedia untuk mengaut keuntungan dari peniagaan emas ini, kita mulakan dengan pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Inilah dia pelan tindakan anda.
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

1.Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
2.Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
3.Tindakan ketiga: –untuk untung lebih buat tindakan manipulasi emas dgn teknik Ar Rahnu

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik. Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.

Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:
Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.

Anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia

Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas. Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah: (RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49% !!

Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut.
Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

Selamat mengambil tindakan hari ini untuk menikmati passive income di masa depan!

dinar

dinar