September 20, 2010

Secebis pandangan untuk kita fikirkan...

Ketika browsing forum jutawan emas saya terlihat info dari Ust Rafidi yang ditulis pada Feb 23, 2009 berkaitan pandangan Tun Dr Mahathir tentang wang kertas...

Tun Dr Mahathir Mohamad has called for a ban on the manipulation of “money to make money” to help resolve the global financial crisis.

Apa yg saya faham maksud Tun ialah penyalahgunaan fungsi wang sebagai alat tukar cthnya : Jika kamu memberi pinjaman 100K & kamu mengenakan interest 5% atau 5k , itu adalah riba. Wang sepatut hanya berfungsi sebagai medium of exchange, pengukur antara satu barang ke satu barang yang lain. Sesuai dgn kata ibn Khaldun , Allah swt memilih emas dan perak untuk jadi kayu pengukur benda lain.

Wang kertas yang dicetak US cthnya hanyalah sekeping kertas yg dicetak diberi nilai pdnya, tanpa ada backup. Kertas kosong semata – mata. Dengan Us dollar mereka membeli minyak dan komiditi lain serta memerangi umat Islam.

The former Prime Minister said the main problem was that banks were empowered to create money out of thin air and lend money which they did not have.
Sistem Perbankan sekarang adalah satu penipuan. Mereka sebenarnya tak ada wang. Tetapi mereka dibenarkan untuk memberi pinjaman lebih dari deposit yg ada. Dalam kes di Malaysia nisbah rizab deposit ialah 1:49, jika dalam simpanan deposit bank ada 1 juta , bank boleh memberi pinjaman sehingga 49 juta. Dari mana wang itu datang, atas angin , sebenarnya tak ada. Selagi wang deposit 1 juta tidak dikeluarkan serentak.

Bank akan selamat, tetapi jika berlaku Bank run, pendeposit mengeluarkan wang serentak, bank tersebut akan collapse. Keuntungan bank adalah dari interest.

Isu yg dikentengahkan disini.
1. Rizab berkanun / fractional reserve banking
2. wang kertas/elektonik/cek/smart kad tanpa backup apa pun.
3. Interest/keuntungan bank (Istilah bank Islam)

Ketiga – tiga ini jelas menjadi punca krisis kewangan global kerana ia jelas riba termasuk Islamic Banking. Alternertifnya, marilah kita balik kepada Islam yang telah mensyariat dinar & dirham sebagai matawang dalam menghidupkan ekonomi sebenar (real economy) dan bukan finansial ekonomi berasaskan wang fiat.

kisah 3 Abdul dgn harta kekayaan!

Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Okie… ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versi modified.

 

Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.

KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.
Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.
”Ya bapak” ,  jawab mereka serentak “Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu. “Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.“Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.

“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak!…”  jerit mereka bertiga.

Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan. Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya… Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”.
Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis…
Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu…
Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.

Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia boleh start jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.
Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah :)

Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

 

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?

Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. Keyword: your knowledge will make money for you.
Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.
Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar.
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar.


September 08, 2010

Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin


Setelah sebulan berpuasa Ramadhan, tibalah masanya kita meraikan kedatangan Syawal semoga segala amalan & ibdah kita diterima Allah dan kita dikekalkan dalam iman sepanjang masa.

Kepada semua sahabat & kenalan online & offline, salam Aidil Fitri & berhati-hati memandu di jalan raya, semoga kepulangan kita ke kampong halaman penuh dengan kegembiraan bukan dinanti dengan tangisan...

September 04, 2010

Hari-hari yang kita lalui tak selalunya senang...tapi kalau kena dengan gayanya, susah macam mana pun pasti ada jalan keluar terutama jika kita bersedia dengan 'passive income strategy'.

Contohnya semalam harga emas telah naik mendadak sebanyak 17 USD/Oz (menjadi USD 1249) sepanjang urusniaga pasaran NYMEX (New York Mercantile Exchange) maka cerialah para pelabur emas semalam tengok harga emas naik dgn banyak!

Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Siapkan minda anda terlebih dahulu, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.

Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas tetapi bukan bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan jika anda pelabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (http://www.kitco.com/)
ii. The Bullion Desk (http://www.thebulliondesk.com/)
iii. Goldsilver.com (http://www.goldsilver.com/)
iv. Mineweb (http://www.mineweb.com/)
v. Casey Research (http://www.caseyresearch.com/)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Jadi, kalau anda dah bersedia untuk mengaut keuntungan dari peniagaan emas ini, kita mulakan dengan pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Inilah dia pelan tindakan anda.
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

1.Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
2.Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
3.Tindakan ketiga: –untuk untung lebih buat tindakan manipulasi emas dgn teknik Ar Rahnu

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik. Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.

Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:
Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.

Anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia

Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas. Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah: (RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49% !!

Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut.
Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

Selamat mengambil tindakan hari ini untuk menikmati passive income di masa depan!
Alhamdullilah... rezeki kepada sesiapa yang mengikuti blog ini...Promosi Menjadi Agen Public gold datang lagi! hanya bermodalkan RM20,000 sahaja anda boleh menjadi agen Public Gold & menikmati pembelian emas pada harga yg menguntungkan! Maklumlah harga sekarang sedang dalam trend menaik, siapa yang cepat beli, cepat le dapat untung!

Sebelum ini, kos untuk menjadi agen adalah sekitar RM40,000 (tetapi kalau sesiapa yang masih ingin tentang artikel En Syukor pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka dengan modal permulaan sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.)

Sekarang (sehingga 30/10/2010) dengan hanya RM20,000, anda berpeluang menjadi tokey emas Public Gold. Ini adalah satu peluang yang menarik kerana anda boleh menjual produk-produk Public Gold dan mendapatkan keuntungan.

Sebagai agen Public Gold anda boleh menjual produk-produk Public Gold seperti:

1. Jongkong Emas Public Gold
2. Dinar Emas Public Dinar
3. Jongkong Perak Public Silver
4. Barang kemas Public Jewellery

Antara kelebihan menjadi agen Public Gold:-

1. Anda akan mendapat komisyen jualan 1.5% daripada nilai jualan produk Public Gold.
2. Selain itu, anda juga boleh mendapat keuntungan belian balik produk antara 5% dan 6%.
3. Training percuma tentang teknik-teknik marketing dan teknik-teknik manipulasi emas fizikal (contohnya Ar-Rahnu) bagi menambahkan keuntungan.
4. Marketing tools yang menarik

Dengan kata lain:

1. Beli emas untuk pelaburan (simpanan) = untung
2. Beli emas untuk untuk pelaburan + berniaga = untung banyak
3. Beli emas untuk pelaburan + berniaga + teknik-teknik manipulasi emas = untung maksima.

Saya berminat. Apakah langkah yang saya perlu ambil?

Jika anda berminat, maka anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
1. Hubungi 012-3399034 & Isikan borang agen. Pastikan ruangan introducer adalah Aidaq Services & Traders (anda akan menjadi business partner saya & mendapat tunjukajar dari Sifu Syukor)

2. Buat belian 20k ( samada Jongkong, Dinar, perak atau jewellery) Anda bebas membuat pilihan. Anda boleh campur antara gold bar, dinar, barang kemas dan jongkong perak asalkan nilai keseluruhan RM20k keatas.

3. Buat bayaran kepada Public Gold. Hubungi mereka jika anda masalah

Nombor telefon office Public Gold Sunway, KL = 03-5634 8999
Nombor telefon office Public Gold Penang = 04-6449999
Nombor telefon office Public Gold Kota Bharu = 09-7462 999
Nombor telefon office Public Gold Ipoh = 05-242 8999

(p/s: jgn lupa hantarkan borang agen & slip bank original semasa mengambil stok emas anda)

4. Datang sesi training untuk agen.

5. Selesai

Jika anda ingin mendapatkan bantuan, sila sms saya di talian 012-3399034

Kesimpulan:

1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai business sampingan anda.
2. Dengan membuat business emas, anda akan menjana pendapatan melalui kaedah melabur + berniaga.
3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.

Selamat menjadi tokey emas!

dinar

dinar