July 01, 2013

Memiliki sebuah rumah yang selamat untuk diduduki merupakan antara impian setiap insan.

Namun malangnya tak semua dapat merealisasikan impian ini dan lebih teruk lagi ada yang ditipu & dianiaya pihak pemaju bila rumah yang dijanjikan lambat siap
dan terbengkalai.

"Tidur tak lena.. Mandi tak basah.."

Begitulah antara perasaan yang dialami oleh setiap pembeli apabila menunggu rumah mereka siap dibina. Siang malam termimpi-mimpi diberi kunci.

Pemaju di Malaysia biasanya mengamalkan sebuah sistem jual-dan-bina, di mana pemaju mula menjual unit rumah tetapi kerja-kerja pembinaan belum pun bermula.

Ia merupakan satu bagi pembeli.

Ini kerana dalam tempoh menunggu rumah siap, pelbagai perkara boleh berlaku seperti pemaju muflis, pemaju bermasalah, pembinaan terbengkalai serta lewat siap.

Jadi apa yang akan berlaku kepada anda jika perkara ini berlaku kepada anda?

Dalam artikel pilihan Majalah Niaga kali ini, kami akan berkongsikan mengenai apakah langkah terbaik yang perlu anda ambil untuk memperjuangkan hak anda sebagai
seorang pembeli rumah bila ditindas pemaju.

Anda boleh membaca artikel eksklusif ini di:

http://www.majalahniaga.com/hak-pembeli-rumah-harapan-bagi-yang-terlewat.html

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kami galakkan anda untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain sama ada di blog, facebook mahupun twitter. 

Selamat Membaca,

Perkongsian oleh
Hasbul 'Aqill & Hasbul 'Ariff
www.MajalahNiaga.com

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar