July 27, 2013

10 hak menatap syurga

Imam Syafie mewasiatkan 10 hak supaya kita dapat meninggalkan dunia dengan selamat.  10 hak itu adalah: 

1) Hak diri. Kurang tidur, kurang makan, kurang bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

2) Hak malaikat maut. Qada kewajipan yang tertinggal, memperoleh kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati. 

3) Hak kubur. Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, banyakkan solat tahajud, dan membantu orang yang dizalimi. 

4) Hak Munkar Nakir. Tidak berdusta, meninggalkan maksiat, dan nasihat menasihati. 

5) Hak mizan. Tahan marah, banyak berzikir, ikhlaskan amalan, dan sanggup tanggung kesulitan. 

6) Hak sirat. Buang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah. 

7) Hak malik. Banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan baiki akhlak. 

8) Hak Ridhwan. Reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat. 

9) Hak Rasulullah. Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah. 

10) Hak Allah. Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

(Kredit: Buku - 30 Wasiat Imam Syafie) --- Aqif Azizan Pengasas sistem ilmu pemasaran, Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat. 

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar