November 16, 2010

Emas, penyelamat di dunia & di akhirat...

Terasa benar cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kehadiran Aidil Adha lagi esok, semoga keberkatan Aidil Adha akan membawa kita kepada hidup yang sentiasa di berkati, penuh kebahagiaan, kesihatan, kekayaan & kejayaan dunia & akhirat.

Dalam kita mengejar nikmat hidup ini cuba kita selami kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan hari ini di mana beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada."Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.

Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.
"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan. "Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang. "Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka. "Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar