January 02, 2016

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas.

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik walaupun ada kalanya ia turun seketika.

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang.

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang.

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga.

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam.

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat.

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga.

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat.

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan.

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai.

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga.

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah.

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar.

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan.

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import.

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan.

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil.

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup.

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar.

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank.

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan.

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang.






       

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar