January 22, 2016

Kelebihan menabung dalam bentuk 1 emas 999.9

Menyimpan bukan lagi dengan prinsip kalau ada duit lebih barulah kita nak menyimpan tetapi menyimpan adalah merupakan amalan 'mandatori' untuk memberi peluang kepada kita mengembangkan daya hidup untuk masa hadapan.

Mulalah menyimpan walaupun dengan  jumlah yang kecil kerana yang akan menikmati hasilnya adalah kita bukan makcik Limah sebelah rumah!

Cuma saranan saya menyimpanlah dalam bentuk emas fizikal sekurang-kurangnya 1 gram sebulan.

Kenapa nak simpan 1 gram sebulan?
---------------------------------------------------

MAMPU MILIK
- harga runcit 1 gram kurang daripada RM200 manakala jika kita memilih untuk menyertai Gold Accumulation Program (GAP) harga tawaran hari ini adalah RM165.00 segram. Sudah pasti ia sangat boleh dimiliki.


MUDAH DIJUAL BALIK - sekiranya anda terdesak dan memerlukan wang, menjual 10 keping emas 1 gram lebih mudah berbanding menjual 1 keping gold bar 5 gram. Ini kerana anda boleh menjual kepada 1 hingga 10 orang berbanding 5 gram yang perlu dibeli 1 orang sahaja dengan harga yang tinggi.

MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI - Emas yang kecil mempunyai nilai yang tinggi kerana pembuatannya yang sukar dan mudah untuk mendapatkan buyer malah mungkin juga amat muudah untuk menerima repeat order dari customer kita.

SESUAI DIJADIKAN HADIAH - Hadiahkan rakan anda dengan emas 1 gram emas ini amat sesuai kerana harganya yang mampu dibeli disamping menyedarkan penerima hadiah untuk menyimpan emas.

SIMPANAN IBUBAPA - Selain memberikan wang kepada ibu bapa anda, pemberian 1 gram  emas sebulan mungkin dapat menggembirakan ibu bapa anda.

TABUNG EMAS ANAK-ANAK
- Sesuai dijadikan tabungan emas untuk anak- anak. Lebih menguntungkan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar