May 16, 2011

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas

Salah satu cara membeli membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli jongkong emas di kedai emas. Walaupun cara ini nampak mudah, namun ia mempunyai banyak kelemahan.
Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar contohnya:
1. Habib Jewel - Menjual PAMP Suisse
2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna - dalam plastik biru)
3. Poh Kong - Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Antaranya kelemahan ialah:
1.      Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa
2.      Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (13% sehingga 25%)
3.      Pembeli tidak boleh membuka plastik pembalut emas tersebut, jika dibuka maka ia akan dikira emas terpakai. Jadi harga akan dibayar ialah harga emas terpakai (potongan sehingga 25%)

Kisah Jongkong Emas Lady Fortuna yang dibuka.

Ni kisah sifu En Syukor Hashim yang telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortunanya.

Tujuan beliau membuka plastik pembalut emas tersebut ialah kerana  hendak menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu kemudian, beliau pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
"Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?""saya tanya..
"Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win"
"I see...  jadi you all akan tolak 18% la...
"Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%" jawabnya lagi...
Buka plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama...
"Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?""saya tanya..
"Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win"
"Aiya! apasal banyak sangat" saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya ...
"Ooo... kalau bukak plastik kita kira used gold" jawab sales girl...
kedai nie lagi teruk... gold bar itu dikira sebagai emas terpakai.
Kena tolak 25% dari harga semasa.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram. "Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?" saya bertanya
"Oh.. ini potong dalam 11.5% encik.." jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
"Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?" saya tanya sales girl tu..
"Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%"
Hati kecil saya berkata .. "Buka plastik pembalut sahaja boleh menyebabkan susut nilai emas daripada 11.5% kepada 25%" . Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, terus terang saya katakan ia bukanlah pilihan terbaik. Kalau tak boleh buka plastik pembalut emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu perlu menguji emas anda. Memang kena buka plastik pembalut tu...

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

Penyelesaian terbaik bagi masalah ini ialah dengan membeli Gold Bar Public Gold.

Gold Bar Public Gold - kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalarkan... tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama. Ini adalah jaminan daripada Pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng.

Berbezaan harga belian dan jualan emas Public Gold pula sangat berpatutan iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Anda akan buat untung lebih cepat buat apabila harga naik.

Source: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/keburukan-membeli-jongkong-emas-di-kedai-emas/

2 comments:

  1. terima kasih atas info..uncle masih memerlukan ilmu untuk membeli emas

    ReplyDelete

dinar

dinar