April 19, 2011

Susutnya nilai tunai setiap tahun berbanding emas

Rata-rata kita dengar orang mengeluh...tak cukup duit...dulu RM50.00 boleh beli macam-macam tapi sekarang...? so kali ni saya ingin berkongsi fakta-fakta mengenai kelemahan tunai di dalam menyimpan kuasa beli kita.

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Banyak sebab perkara ini berlaku... cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.
Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan malah nilai emas akan sentiasa meningkat..

contohnya : 20g emas 999.9 yang di beli pada 19/10/2009 RM2,512.00 kini bernilai RM3319.00 hari ini tanpa perlu kita  buat apa-apa pun! Simpan je... (bayangkan kalau kita buat jual beli secara kecil-kecil dgn saudara mara & kenalan kita...? simpan...untung, jual beli pun...untung!)

Harap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

kredit info : sahabat serambiemas

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar