April 16, 2011

HARGA EMAS TERTINGGI DALAM SEJARAH

Amat beruntung orang yang menyimpan emas. Harga emas telah berada pada paras tertinggi MENGIKUT Federation Of Goldsmith And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM).

Kedai EMAS semakin lengang

KOTA BHARU 14 April 2011– Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar