August 15, 2010

Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)


Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?
Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas. Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas. Sebab itulah saya sukakan emas.

Kesimpulannya...
1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!
4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas ketas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).

Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku!

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar