August 19, 2010

Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.

Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas. Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini.

Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel saya yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM. Ramai pelabur yang rugi.
Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul. Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.

Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung. tapi kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…

Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.


1 comment:

  1. Thanks for sharing this. How can we know whether its genuine / fraud?

    ReplyDelete

dinar

dinar