October 03, 2013

Ar-Rahnu Bank Rakyat kini menerima gadaian jongkong dan dinar emas Public Gold (start 1/10/2013)

Berita baik untuk pembeli@penyimpan jongkong emas dan dinar emas Public Gold.

Ar-rahnu Bank Rakyat (termasuk Arrahnu Exchange) kini dengan rasminya MENERIMA gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas keluaran Public Gold.

Penerimaan ini mula berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013.

Dengan kata lain semua Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change menerima gadaian jongkong emas dan dinar emas Public Gold.



Gambar: Jongkong dan Dinar Emas kini diterima Arrahnu Bank Rakyat.

Arrahnu X’change adalah francais perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Biasanya banyak koperasi-koperasi yang menawarkan khidmat Ar-Rahnu memilih untuk membuka cawangan Ar-Rahnu X’change.




Gambar: Arrahnu exchange koperasi staff CIBD di Setapak KL

Sebelum ini Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas.

Jadi penyimpan emas jongkong dan dinar mempunyai pilihan ar-rahnu yang terhad jika memerlukan tunai.

Namun apabila Bank Rakyat menerima kembali gadaian jongkong emas dan dinar emas ini, maka anda ada pilihan yang lebih baik.

Ini berita yang sangat baik.

Alhamdulillah, ini adalah berita baik bagi penyimpan emas jongkong dan dinar.

Ini kerana anda boleh mendapat cash bila-bila masa dengan lebih mudah. Jika anda seorang peniaga yang memerlukan pusingan modal, Ar-rahnu sangat membantu.

Pengalaman pergi buat gadaian di Bank Rakyat Melaka.

Pagi tadi 2/10/2013 saya pergi try buat gadaian di Arrahnu Bank Rakyat Ayer Keroh.


Seperti biasa, mula-mula sekali tengok papan harga. Berapa nilai emas hari ini.

hmm… RM159.97 untuk 999.9 dan RM151.97 untuk 916.




Gambar: display board harga emas yang diletakkan oleh Ar-Rahnu

Kemudian, saya pun masuk ke dalam bilik gadaian.

“Salam tuan, nak tanya sikit, betul ke Bank Rakyat dah terima jongkong emas dan dinar emas Public Gold?”  tanya saya.

“Waalaikum salam, ya memang kami terima sejak semalam (1/10/2013)” jawab pegawai Ar-Rahnu tersebut.

“Ok, kalau camtu saya nak gadai jongkong emas Public Gold 20gram dan 1 dinar emas” kata saya.

“Boleh, biar saya test emas-emas nie dulu” ujar beliau.

Hasil ujian ketulenan menggunakan densimeter.

i. Jongkong emas 20 gram, selepas ditimbang, dapat 20.01 gram
….(extra berat 0.01g) dan ketulenan 999.9
ii. 1 Dinar emas, setelah ditimbang, dapat  4.27 gram
….(extra berat 0.02g), ketulenan 916



Gambar: Ini adalah jongkong dan dinar yang saya gadaikan.

Keseluruhan proses mengambil masa 12 minit sahaja.

12 minit ajer dah dapat duit RM2640.00 (untuk kedua-dua item tadi)

Upah simpan hanya RM32 sebulan.

Terbaiklah!

Surat Ar-Rahnu.

Jika anda ingin melihat rupa surat Ar-Rahnu Bank Rakyat sekarang.

Ini rupanya.


surat_pajak

Info tentang Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Exchange.



Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Ar-Rahnu Bank Rakyat disini

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu

Cawangan-cawangan Bank Rakyat: 

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/cawangan 

Anda boleh mendapat maklumat Ar-Rahnu x’change disini

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/

Cawangan-cawangan Ar-Rahnu Exchange pula:

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/page.php?name=Malaysia 



Kesimpulan.

1. Kemudahan Ar-Rahnu ini membolehkan penyimpan jongkong emas dan dinar emas
….mencairkan emas mereka kepada tunai dengan mudah.

2. Ia sangat membantu terutamanya jika anda memerlukan pusingan modal.

3. Namun, nasihat saya, gunakan kemudahan ar-Rahnu dengan bijaksana.

4. Kerugian boleh berlaku jika anda tersalah langkah. Baca contoh kat sini (klik)



Ingin mendapatkan ilmu emas?

Berminat mengetahui rahsia pelaburan emas? Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” di  www.publicgoldbar.com sebagai langkah pertama anda.

Anda ingin membeli jongkong emas dan dinar emas Public Gold? 

Kini anda boleh membeli terus secara online.

Anda hanya perlu membaca langkah-langkahnya di sini http://www.publicgoldbar.com/2013/09/ingin-memiliki-membeli-emas-fizikal.html

Kongsikan artikel ini dengan rakan anda.

Mari share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Semoga mereka mendapat manfaat daripada berita ini. 

Tips perkongsian dari Sifu Emas sdra Syukor Hashim

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar