September 22, 2011

Cara bijak menyimpan wang

Mengapa ringgit boleh susut nilai?
Kerana ringgit adalah fiat money atau wang fiat.

Apa itu fiat money?
Matawang yang dikeluarkan tanpa dicagarkan kepada apa2 logam berharga.

Ringgit bersandarkan kepada dollar Amerika (USD) yang mana USD tidak bersandarkan kepada apa2 logam berharga. Ini membuatkan ringgit dan apa2 juga fiat money tidak stabil, susut nilai kerana inflasi. Ini dapat dilihat apa yang berlaku di Zimbabwe baru2 ini. Rakyat Zimbabwe terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk mendapatkan sebuku roti. Apa terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai wang sebanyak itu....

Emas dan hartanah adalah dua cabang pelaburan yang patut diberi perhatian. Untuk menceburi bidang hartanah memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Rata2 pelaburan emas mampu diceburi oleh ramai diantara kita. Apa yang perlu kita buat ialah tukarkan simpanan dari ringgit kepada emas.

Mengapa perlu menyimpan dinar dan emas?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Mengikut stastik dari Bank Negara Malaysia, nilai syiling Kijang Emas 1oz pada 18/07/2001 ialah RM1,082, manakala harga pada 29/05/2011 ialah RM4,564.
Peningkatan yang begitu ketara sekali. Purata kenaikannya melebihi 20% setahun.

Cuba fikir2kan.... simpan ringgit atau simpan emas....

No comments:

Post a Comment

dinar

dinar