Tertarik saya membaca blog sahabat emas kita sdr Hasfarizan yang mengajak kita 'kill 2 birds with one stone'...kalau tengok tajuk, mungkin ramai yg tertanya2 kat mana pahala pasif untuk ke akhiratnya? Haa.... kalau kita memiliki emas yang melebihi Nisab Emas & Perak kita di kenakan zakat & zakat itulah pahala pasifnya sebab nilai zakat Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram manakala Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram akan di agihkan kepada 8 asnaf yang memerlukan dan ia menjana pahala kepada si pengeluar zakat itu sendiri.
Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.
Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00 Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

nak tahu lagi, mai kita pi blog Hasfa :
http://geng916.wordpress.com/2009/12/30/emas-menjana-pahala-pasif/
http://geng916.wordpress.com/2009/12/30/emas-menjana-pahala-pasif/
No comments:
Post a Comment