Showing posts with label panduan emas. Show all posts
Showing posts with label panduan emas. Show all posts

January 12, 2011

Nak Ilmu tentang emas? Nie Jadual seminar Jan 2011.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini & bagi yang terlepas seminar bulan Disember 2010,jangan terlepas lagi seminar tentang emas nie....

Tujuan seminar ni adalah untuk menjadikan kita celik emas. Bila dah celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas!

14/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Rabu
.
12/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Khamis
.
13/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Ahad 16/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban,

Rabu 19/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Khamis
.
20/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
Jumaat 21/1/2011

Kuantan 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Pahang Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan

Sabtu 22/1/2011
2 sesi (pilih salah satu sahaja) i. 12 tgh – 2.00 ptg ii. 8.30PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,


Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p kak Aida : 012-3399034 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak maklumlah sekarang dah semakin ramai yang dah ada asas tentang rahsia kekayaan melalui emas...

November 01, 2010

Info Harga Emas di Malaysia dan Dunia

Setiap hari ramai yang bersembang tentang emas tak kira makcik kiah ke, cik esah lawa ke... tentang gelang panjang sehasta atau pun eksekutif muda di pejabat semuanya dah mula ada kesedaran untuk mengukuhkan aset mereka dalam bentuk emas fizikal...


Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali. Oleh itu, harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.

Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD
2.Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. USD makin lemah, RM semakin kuat.












Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.

(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:


Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.

2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold).

Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda :)


dinar

dinar