Dah seminggu topik tentang Agro Bank hanya beri 50% sahaja dari nilai marhun dengan upah simpan RM0.50 per RM100.00 kecoh kat fb tapi betul ke?? Siapa yang ada bukti tentang perkara ni? Hari-hari ada je kengkawan yang call / sms tentang hal ni...
Untuk makluman semua, semalam saya dapat berbual dgn Pn Rohana pegawai Agro Bank HQ, tentang perkara ni ...yelah nak clearkan keserabutan kengkawan.
Sebenarnya maklumat yang disebarkan itu hanyalah disebabkan salah faham je... Agro Bank masih lagi mengekalkan 65% & upah simpan RM0.75 per RM100.00. Jika kita nak buat gadai 50%, upah simpan hanya RM0.50 manakala 60% upah simpan adalah RM0.60 untuk semua goldbar & gold coin kepada semua warganegara Malaysia, foreigner tak boleh ye!
Walau pun foreigner tak boleh menggunakan konsep Ar Rahnu (gadaian) ni tapi mereka boleh memiliki safe deposit box (tanpa insuran) dengan sewa tahunan serendah RM30.00 dengan syarat mesti membuka akaun dengan Agro Bank.
Opsss....Tentang kenapa laa Agro bank tak revise harga emas mengikut harga semasa harga emas tinggi, jawapan Pn Rohana itu adalah bergantung kepada polisi bank. Antara perkara yang mungkin boleh kita renung bersama :
1. Semasa harga emas masih rendah Agro bank dah pun meletakkan harga yang agak tinggi berbanding dengan pesaing2nya dan ini menguntungkan kita, betul tak?
2. Bila harga turun seperti sekarang ... ada tak sesiapa yang nak suruh Agro bank revise ikut harga semasa??? sasau kita di buatnya kalau ini yang terjadi!
Melabur dalam emas & perak ini adalah untuk jaminan jangka masa panjang bukan untuk sebulan dua...InsyaAllah bila kita memilih untuk melabur dalam emas & perak kita telah pun berada di laluan kekayaan yang betul, turun naik harga adalah adat berniaga...untuk jangka masa panjang kita pasti untung & dapat melindungi nilai Ringgit kita dari inflasi.
Apa pun trend harga rendah hari ni bukan untuk selama-lamanya so buatlah keputusan yang bijak.
Atau semasa harga rendah ni, bolehlah para suami membeli & dijadikan hadiah untuk isteri cum ibu kepada anak2 tersayang sempena hari ibu bulan nie...
Apa pun trend harga rendah hari ni bukan untuk selama-lamanya so buatlah keputusan yang bijak.
Atau semasa harga rendah ni, bolehlah para suami membeli & dijadikan hadiah untuk isteri cum ibu kepada anak2 tersayang sempena hari ibu bulan nie...
No comments:
Post a Comment