May 16, 2011

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas

Salah satu cara membeli membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli jongkong emas di kedai emas. Walaupun cara ini nampak mudah, namun ia mempunyai banyak kelemahan.
Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar contohnya:
1. Habib Jewel - Menjual PAMP Suisse
2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna - dalam plastik biru)
3. Poh Kong - Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Antaranya kelemahan ialah:
1.      Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa
2.      Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (13% sehingga 25%)
3.      Pembeli tidak boleh membuka plastik pembalut emas tersebut, jika dibuka maka ia akan dikira emas terpakai. Jadi harga akan dibayar ialah harga emas terpakai (potongan sehingga 25%)

Kisah Jongkong Emas Lady Fortuna yang dibuka.

Ni kisah sifu En Syukor Hashim yang telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortunanya.

Tujuan beliau membuka plastik pembalut emas tersebut ialah kerana  hendak menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu kemudian, beliau pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
"Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?""saya tanya..
"Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win"
"I see...  jadi you all akan tolak 18% la...
"Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%" jawabnya lagi...
Buka plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama...
"Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?""saya tanya..
"Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win"
"Aiya! apasal banyak sangat" saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya ...
"Ooo... kalau bukak plastik kita kira used gold" jawab sales girl...
kedai nie lagi teruk... gold bar itu dikira sebagai emas terpakai.
Kena tolak 25% dari harga semasa.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram. "Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?" saya bertanya
"Oh.. ini potong dalam 11.5% encik.." jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
"Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?" saya tanya sales girl tu..
"Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%"
Hati kecil saya berkata .. "Buka plastik pembalut sahaja boleh menyebabkan susut nilai emas daripada 11.5% kepada 25%" . Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, terus terang saya katakan ia bukanlah pilihan terbaik. Kalau tak boleh buka plastik pembalut emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu perlu menguji emas anda. Memang kena buka plastik pembalut tu...

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

Penyelesaian terbaik bagi masalah ini ialah dengan membeli Gold Bar Public Gold.

Gold Bar Public Gold - kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalarkan... tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama. Ini adalah jaminan daripada Pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng.

Berbezaan harga belian dan jualan emas Public Gold pula sangat berpatutan iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Anda akan buat untung lebih cepat buat apabila harga naik.

Source: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/keburukan-membeli-jongkong-emas-di-kedai-emas/

May 14, 2011

Sedikit info kenapa Harga Emas menurun

Allah menciptakan segala sesuatu sesuai ukurannya dan emas diciptakanNya secara terbatas. Di seluruh Dunia saat ini hanya ada sekitar 150,000 ton emas di permukaan bumi. Yang digali dari perut bumi setiap tahun hanya menambah emas di permukaan bumi sekitar 1.5% per tahun – sesuai dengan laju pertumbuhan penduduk dunia.


Ada dua hal yang menjadi pendorong naik turunnya harga emas dunia, yang pertama tentu pergerakan supply and demand. Bila yang menjual banyak sedangkan yang membeli sedikit otomatis harga turun, begitu juga jika yang membeli banyak sedangkan yang  menjual sedikit maka harga akan naik. Trend begini adalah perkara biasa walau bagai mana pun harga emas akan terus meningkat dalam jangka panjang.

Manakala faktor kedua adalah kekuatan mata wang yang dipakai untuk membelinya  kerana harga emas dunia pada umumnya dinilai dalam US$ maka kekuatan mata wang US$ juga memberi kesan kepada harga emas.

Jon Nadler, penganalisa senior di Kitco.com menyatakan bahwa harga emas tertekan setelah munculnya data pengangguran di Amerika Syarikat. Pada Januari lalu tingkat pengangguran di AS turun menjadi 9%. "Perekonomian AS telah berhasil menambahkan 36 ribu lapangan kerja baru," katanya.

May 06, 2011

Kecoh la tentang Agro Bank kat fb....

Dah seminggu topik tentang Agro Bank hanya beri 50% sahaja dari nilai marhun dengan upah simpan RM0.50 per RM100.00 kecoh kat fb tapi betul ke?? Siapa yang ada bukti tentang perkara ni? Hari-hari ada je kengkawan yang call / sms tentang hal ni...

Untuk makluman semua, semalam saya dapat berbual dgn Pn Rohana  pegawai Agro Bank HQ, tentang perkara ni ...yelah nak clearkan keserabutan kengkawan.

Sebenarnya maklumat yang disebarkan itu hanyalah disebabkan salah faham je... Agro Bank masih lagi mengekalkan 65% & upah simpan RM0.75 per RM100.00. Jika kita nak buat gadai 50%, upah simpan hanya RM0.50 manakala 60% upah simpan adalah RM0.60 untuk semua goldbar & gold coin  kepada semua warganegara Malaysia, foreigner tak boleh ye!

Walau pun foreigner tak boleh menggunakan konsep Ar Rahnu (gadaian) ni tapi mereka boleh memiliki safe deposit box (tanpa insuran) dengan sewa tahunan serendah RM30.00 dengan syarat mesti membuka akaun dengan Agro Bank.

Opsss....Tentang kenapa laa Agro bank tak revise harga emas mengikut harga semasa harga emas tinggi, jawapan Pn Rohana itu adalah bergantung kepada polisi bank. Antara perkara yang mungkin boleh kita renung bersama :

1. Semasa harga emas masih rendah Agro bank dah pun meletakkan harga yang agak tinggi berbanding dengan pesaing2nya dan ini menguntungkan kita, betul tak?

2. Bila harga turun seperti sekarang ... ada tak sesiapa yang nak suruh Agro bank revise ikut harga semasa??? sasau kita di buatnya kalau ini yang terjadi!

Moralnya :
Melabur dalam emas & perak ini adalah untuk jaminan jangka masa panjang bukan untuk sebulan dua...InsyaAllah bila kita memilih untuk melabur dalam emas & perak kita telah pun berada di laluan kekayaan yang betul, turun naik harga adalah adat berniaga...untuk jangka masa panjang kita pasti untung & dapat melindungi nilai Ringgit kita dari inflasi.

Apa pun trend harga rendah hari ni bukan untuk selama-lamanya so buatlah keputusan yang bijak.

Atau semasa harga rendah ni, bolehlah para suami membeli & dijadikan hadiah untuk isteri cum ibu kepada anak2 tersayang sempena hari ibu bulan nie...

Advantages of Silver Over Gold, GRAB it while you can!

Cuba tengok info pergerakan harga emas & perak dalam beberapa hari ni...memanglah tak dinafikan harga turun tapi cuba kita renungkan seketika....bukankah ini masanya untuk kita membeli & mengumpul perak? Trend harga rendah hanya seketika je...

Ni ada some info yg boleh kita kongsi bersama & dibuat pertimbangan....

The advantages of silver over gold as an inflation hedge are numerous and need to be considered:

1.The silver market is much smaller and it doesn’t take as much money to safe ones. Silver has outperformed gold dramatically over the last few years, going from $3 an ounce to over $40 an ounce.

2.Silver is also a very important industrial metal with over 3,000 industrial uses.

3.The government has never seized silver, although they have seized gold. If that worries you (it doesn’t worry me much), you would feel safer with silver rather than gold.

4.The government actually has no stockpile of silver to unload. There is now more gold above ground than silver because of the silver industrial usage.

5.I look upon silver as money. Throughout history more silver has been used more for money than gold. Historically, silver coins became the common denominator for money in more places and more times than gold.

If you can afford to buy gold, be my guest. GOLD is ALWAYS THE BEST INVESTMENT. You JUST doing fine.

Call me 012-3399034 / visit http://www.publicgoldbar.blogspot.com/ & watch the price increase yourselve!

dinar

dinar