October 29, 2015

Nak mula menyimpan emas?

Jom mulakan dengan 20gram.

Harga hari ini baru RM3,365.00. untuk order, klik link ini --->> Order sekarang 


October 18, 2015

Celik Emas VS Buta Emas

Celik Emas 
1⃣ Mula sedar tentang emas - lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet, blog-blog, laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak.
2⃣ Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3⃣ Merasa tidak sabar untuk memiliki emas, dan apabila memiliki emas, akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.
4⃣ Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5⃣ Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham, namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah. Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.
6⃣ Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul, kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai. Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran "on the spot".

7⃣ Sedar wang kertas penuh dengan riba, dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan. Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8⃣ Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang. Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah, Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi, Sidiqqin, dan para Shuhada”.
-Riwayat At Tarmizi

๐Ÿ˜˜ Kategori Peminat Emas
๐Ÿ”ถ Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas.

๐Ÿ”ถ Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas.

๐Ÿ”ถ Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas.

๐Ÿ”ถ Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya. Baginya memadai untuk dirinya sendiri. Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Buta Emas ๐Ÿ˜Ž
1⃣ Tidak tahu apa -apa tentang emas. Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas, rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2⃣ Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas. Akhirnya buta emas.

3⃣ Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini, namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut. 

Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat. Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.


4⃣ Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas - hanya untuk keuntungan semata-mata. Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan. Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa. Dan diajar untuk ‘buy low, sell high (konsep pelaburan). Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata. Namun menjadikannya pelaburan tak salah, tapi ada caranya.

5⃣ Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham. Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun, mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar. Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6⃣ Tidak kisah dengan riba, tidak faham, tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya, masyarakat harus ๐Ÿ˜ณ CELIK EMAS dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

๐Ÿ™…Janganlah kita malu ๐Ÿ™ˆ
menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.


September 16, 2015

Dah Jadi Dealer Public Gold?

Nak jadi dealer Public Gold ni mudah je & ini insentif tambahan kepada mereka yang berminat untuk melindungi wang dari dihakis inflasi.

Tawaran sempena Hari Malaysia.



Introducer PG Code : PG 000417

September 15, 2015

Samada kita nak membeli atau menjadi peniaga emas, kita kena kenal emas, jom kenali jenis Emas

APA ITU KARAT ( K ) ?
--------------------------------
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


KETULENAN PIAWAI EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas    
       Sepuluh / Chuk Kam.  
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura. 22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 - 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 - 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

( i ) Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.


CARA MENGUKUR KETULENAN PIAWAI
---------------------------------------------------------
KARAT x 100 =  Ketulinan  (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT
-------------------------------------
(Ketulinan x 24)/1000 = KARAT

Contoh Pengiraan :

Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
(750 x 24)/1000 = 18K

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
---------------------------------------------------------
Emas 1 Dinar = 4.25gm

Emas Se Amas = 2.551 gm

Emas Se Rial =2.70 gm

Emas Se Kupang = 0.64 gm

Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )

Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm

Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

August 28, 2015

Cara Pendaftaran & Pembelian emas-publicgold

Jangan Abaikan Info ini.

Saya tak pasti sejauh mana perkara ini benar tapi apa pun jangan abaikan. Fikir guna mata hati.
Nilai matawang dijangka akan terus menurun sehingga ke RM4.50 sehingga akhir September 2015 ini disebabkan oleh ringgit tidak digunakan sebagai matawang yang digunakan dalam urusan pasaran saham dunia.
Nilai ringgit tersandung disebabkan oleh tindakan kerjaan yg mengurangkan export minyak mentah tetapi melebihkan aktiviti menimport. Setiap org harus mengambil langkah berjaga jaga kerana ini merupakan bencana ekonomi kepada semua.. bank negara hanya mempunyai rezab RM101 bilion buat masa sekarang. Hutang kita pula meningkat kepada 580 bilion.

Hentikan seketika aktiviti membeli hartanah serta kereta buat masa sekarang. Bencana besar sedang menuju kearah kita semua. Beberapa pakar ekonomi menjangkakan ekonomi malaysia akan hancur/rebah dalam masa yang terdekat. Pasaran saham dunia serta nilai matawang akan melemaskan kita semua secara drastik.

Krisis minyak mentak akhir2 ini adalah disebabkan oleh lebihan bekalan. Pihak amerika mengepam minyak dengan jumlah yg banyak dengan alasan:-
1) Untuk menyekat ekonomi serta matawang russia kerana russia adalah pengeksport no 1 minyak mentah dunia. Pihak US dan kesatuan Eropah (EU) menyalahkan russia diatas kegawatan di ukrain serta isu MH17 yg tiada kesudahan.
2) untuk menghentikan keganasan. Terutama ISIS yg menjual murah minyak mentah yg diseludup dari syria dan iraq.

Malaysia diburukan lagi dengan ketidaktentuan politik, penyalahgunaan kuasa serta penutupan kebenaran oleh seseorang.
Dunia juga melihat Malaysia sebagai dikedudukan no 1:-
1) rasuah dan skandal
2) juara dunia dalam pemalsuan kad kredit.
Oleh itu para sahabat serta ahli keluarga.. berjimat cermatlah dalam membelanjakan wang.. kita sekarang kearah keruntuhan ekonomi dunia. Hari2 yg mendatang akan menjadi suram dan tidak menentu. Perjalanan hidupbkita akan menjadi amat susah dan tidak boleh dijangka. Krisis ini akan 'menghentam' kita semua. Tidak kira kaya atau miskin.

Jangan beli rumah/kereta/aset lain dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.
Ekonomi Malaysia dijangka akan gawat pada bulan 9 jika tiada langkah drastik yang diambil oleh Kerajaan. Duit tidak akan dapat dikeluarkan dari bank. Bagi yg ada duit lebih...boleh beli ketika org yg nak jual aset ketika itu kerana gawat.

Dijangka potongan ke atas aset boleh mencecah sehingga 30%.
Asalkan aset dapat dijual dan dapat pulangan wang (cover bayar loan rumah bulan2 bg org yg mempunyai aset 3-4 biji. Dijangka akan jual 1-2 biji aset. Jika boleh...duit jangan disimpan dalam bank.


Simpan cash di mana2 yg boleh digunakan pada bila2 masa. Malaysia boleh diumumkan gawat jika nilai mata wang terus jatuh.


Wallahualam.

May 26, 2014

Nak kira nilai spread?

Spread bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.

Semakin rendah spread 
maka semakin cepat pelabur mendapat untung.

Spread boleh dikira dengan 2 cara iaitu:

1.) Perbezaan diantara harga jualan dan belian di dalam Ringit Malaysia per gram.
2.) Di dalam bentuk peratus.

Formula % spread = Harga jualan – Harga belian x 100%
_______________________ Harga jualan

Contoh, jika harga jualan emas ialah RM161 se gram dan
harga belian balik ialah RM155 se 
gram.

Maka nilai spread di dalam RM = (RM161 – RM155) = RM6 se gram.

Nilai spread di dalam peratus pula = (RM161 – RM155) /RM161 x 100 =  3.72%

dinar

dinar