June 27, 2013

Jom membeli emas Public Gold sekarang!

Tahukah anda, harga emas sekarang sangat berbaloi untuk memilikinya sebagai simpanan ataupun barangan kemas untuk perhiasan?

Namun, tahukah anda, kebanyakan kedai emas terkemuka menjual emas 999.9 pada harga RM165 segram dan RM155 segram untuk barang kemas 916?

Public Gold menjual emas 999.9 hanya pada harga ±RM138 segram dan ±RM131 segram untuk emas 916.

Anda jimat sehingga >RM20 segram!

Cepat rebutlah peluang ini sekarang kerana peluang membeli emas pada harga emas rendah ini tidak akan bertahan lama.

p.s: Kami juga menawarkan anda kemudahan pembelian emas secara ansuran melalui kredit card.  Jadi, rebutlah peluang membeli emas sekarang!

Hubungi : 012-3399034

June 21, 2013

Peluang terbaik untuk anda membeli emas adalah sekarang!

Tahukah anda, peluang terbaik untuk anda membeli emas adalah sekarang!

Harga emas di pasaran dunia telah jatuh 23% sejak bulan Januari 2013. 

Ini membolehkan anda membeli emas pada harga yang jauh lebih rendah.

Inilah masa terbaik untuk anda untuk membeli emas sebagai simpanan ataupun anda boleh membeli barangan kemas untuk perhiasan diri.

Namun, tahukah anda, kebanyakan kedai emas terkemuka menjual emas 999.9 pada harga RM165 segram dan RM155 segram untuk barang kemas 916?

Public Gold menjual emas 999.9 hanya pada harga ±RM140 segram dan ±RM133 segram untuk emas 916.

Anda jimat sehingga >RM20 segram!

Mengapa bayar lebih di kedai emas sedangkan anda boleh mendapat emas pada harga yang lebih murah di Public Gold?

Cepat rebutlah peluang ini sekarang kerana peluang membeli emas pada harga emas rendah ini tidak akan bertahan lama.

p.s: Kami juga menawarkan anda kemudahan pembelian emas secara ansuran  melalui kredit card.
Jadi, rebutlah peluang membeli emas sekarang!

p.p.s: Kami juga menawarkan kemudahan menyimpan emas dan perak anda di dalam peti simpanan selamat Public Safe pada kos yang sangat minima (Allocated Gold Storage Service). 

Anda tidak perlu memikirkan tempat simpanan terbaik untuk emas @ perak anda!

Hubungi kami di talian +612-339 9034 atau layari www.publicgoldbar.com 


Ambillah tindakan bijak untuk membeli emas sekarang!

June 20, 2013

Apakah Ciri-Ciri Pelaburan Yang Sesuai Untuk Membina Kekayaan?

Jikalau kita berbicara mengenai peluang-peluang pelaburan yang bersepah-sepah ada di luar sana, tentunya terdapat beberapa persoalan yang bermain-main difikiran anda.

Anda pun sudah mula sedar, untuk terus membina kekayaan dan gandakan wang anda menjadi lebih banyak, anda perlu melaburkannya.

Jikalau hanya mengharapkan wang gaji bulanan daripada pekerjaan tetap anda sahaja semata-mata, memang jangan haraplah anda mampu jadi kaya dan hidup senang dikemudian hari.

Kalau diberi peluang untuk melaburkan wang anda, pastinya perkara-perkara berikut menjadi kriteria utama atau ciri-ciri pilihan anda:
  1. Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.
  2. Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.
  3. Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah-payah tengok graf depan PC siang-malam-pagi-petang. Contoh di sini adalah seperti pelaburan di pasaran saham atau FOREX. Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!
  4. Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa.
    Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.
  5. Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.
  6. Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.
Jenis pelaburan yang boleh membuatkan anda berasa bangga apabila bercakap mengenainya bersama-sama rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara anda.

Bukan seperti kalau anda join MLM atau Insurans. Memang CONFIRM saya gerenti, anda pun macam ‘malu-malu kucing’ untuk nak bagitahu yang anda sedang jalankan perniagaan tersebut.

sumber ilmu : http://www.pelaburanemas.com/

Rahsia pelaburan emas : Susutnya Nilai Tunai Setiap Tahun Berbanding Emas

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. 

Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.

Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. 

Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

sumber ilmu  :  http://www.hargaemas.com.my

May 08, 2013

Tips 7 'Jangan' Dalam Simpanan Emas!

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 'Jangan' dalam simpanan emas ” ini. 

1.Jangan malas Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.

Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis. Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas, syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi. 

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva, jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline. Boleh klik menu “Kelas Emas”.

2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-rahnu kebelakangan ini. Peranan ar-rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak? Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70. Contoh seperti ini: Katakan emas 999 100g berharga RM10k, pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar-rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini. Apa cerita dengan pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan. Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.

Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar-rahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli, kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain. Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.

Paling menyedihkan, mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen. Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Ar-rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas. Ini juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

3.Jangan jual emas anda Jangan jual emas anda tanpa sebab. 
Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi, dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.

4.Jangan simpan wang kertas Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya. Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas. 

5.Jangan tunggu 
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal, jadi masa bila emas murah? Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. 

Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram, ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana, lagi untung!

6.Jangan tolak 
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.

Saya dah bermula, anda bila lagi? Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham, dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang. 

7.Jangan pentingkan diri sendiri Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. 7 Tip yang berguna daripada sahabat blog Jutawan Gold.

Sumber ilmu dari : blog Rahsia Jutawan Emas

April 26, 2013

emas oh emas!

EMAS ialah kekayaan yang sebenar - aset sebenar. 

EMAS mempunyai nilai intrinsik - semua orang di muka bumi ini tahu 
EMAS adalah barang berharga. 

Harga EMAS sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang - 2005-2009 peningkatan sebanyak 250% Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang - contoh, Zimbabwe, Jerman, Perancis, Iceland. 

EMAS adalah aset yang terunggul - penyimpan kekayaan. 

EMAS tidak boleh dimanipulasi - tidak boleh dimusnahkan. 

EMAS sukar diperolehi - menyebabkan harganya tinggi.

Apa pandangan anda? Jom simpan emas sebagai perisai Ringgit kita. 
Hubungi kami 012-3399034

April 19, 2013

Harga emas yang jatuh ni maknanya...?




Sejak 2 minggu lepas harga emas memang menunjukkan penurunan yang ketara dari RM165/g ke RM155/g. Actually ini lah peluang keemasan sebenar untuk menyimpan kekayaan kerana pelaburan di dalam emas pasti tidak akan pernah mengecewakan pemiliknya.

Inilah masanya anda patut tersenyum & laburkan wang anda di dalam emas.

Hubungi kami segera hari ini, jimatkan wang anda & tingkatkan nilai pelaburan anda!

dinar

dinar