September 04, 2010

Alhamdullilah... rezeki kepada sesiapa yang mengikuti blog ini...Promosi Menjadi Agen Public gold datang lagi! hanya bermodalkan RM20,000 sahaja anda boleh menjadi agen Public Gold & menikmati pembelian emas pada harga yg menguntungkan! Maklumlah harga sekarang sedang dalam trend menaik, siapa yang cepat beli, cepat le dapat untung!

Sebelum ini, kos untuk menjadi agen adalah sekitar RM40,000 (tetapi kalau sesiapa yang masih ingin tentang artikel En Syukor pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka dengan modal permulaan sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.)

Sekarang (sehingga 30/10/2010) dengan hanya RM20,000, anda berpeluang menjadi tokey emas Public Gold. Ini adalah satu peluang yang menarik kerana anda boleh menjual produk-produk Public Gold dan mendapatkan keuntungan.

Sebagai agen Public Gold anda boleh menjual produk-produk Public Gold seperti:

1. Jongkong Emas Public Gold
2. Dinar Emas Public Dinar
3. Jongkong Perak Public Silver
4. Barang kemas Public Jewellery

Antara kelebihan menjadi agen Public Gold:-

1. Anda akan mendapat komisyen jualan 1.5% daripada nilai jualan produk Public Gold.
2. Selain itu, anda juga boleh mendapat keuntungan belian balik produk antara 5% dan 6%.
3. Training percuma tentang teknik-teknik marketing dan teknik-teknik manipulasi emas fizikal (contohnya Ar-Rahnu) bagi menambahkan keuntungan.
4. Marketing tools yang menarik

Dengan kata lain:

1. Beli emas untuk pelaburan (simpanan) = untung
2. Beli emas untuk untuk pelaburan + berniaga = untung banyak
3. Beli emas untuk pelaburan + berniaga + teknik-teknik manipulasi emas = untung maksima.

Saya berminat. Apakah langkah yang saya perlu ambil?

Jika anda berminat, maka anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
1. Hubungi 012-3399034 & Isikan borang agen. Pastikan ruangan introducer adalah Aidaq Services & Traders (anda akan menjadi business partner saya & mendapat tunjukajar dari Sifu Syukor)

2. Buat belian 20k ( samada Jongkong, Dinar, perak atau jewellery) Anda bebas membuat pilihan. Anda boleh campur antara gold bar, dinar, barang kemas dan jongkong perak asalkan nilai keseluruhan RM20k keatas.

3. Buat bayaran kepada Public Gold. Hubungi mereka jika anda masalah

Nombor telefon office Public Gold Sunway, KL = 03-5634 8999
Nombor telefon office Public Gold Penang = 04-6449999
Nombor telefon office Public Gold Kota Bharu = 09-7462 999
Nombor telefon office Public Gold Ipoh = 05-242 8999

(p/s: jgn lupa hantarkan borang agen & slip bank original semasa mengambil stok emas anda)

4. Datang sesi training untuk agen.

5. Selesai

Jika anda ingin mendapatkan bantuan, sila sms saya di talian 012-3399034

Kesimpulan:

1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai business sampingan anda.
2. Dengan membuat business emas, anda akan menjana pendapatan melalui kaedah melabur + berniaga.
3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.

Selamat menjadi tokey emas!

August 28, 2010

Nilai wang kertas Vs emas

Betapa lemahnya sistem duit Fiat dan betapa pentingnya Emas.

Apabila sesuatu sistem kewangan itu jatuh,apa yang dijadikan sebagai:
Matawang?
Medium pertukaran?
Benda pertukaran bagi sebuku roti yang hanya untuk mengisi perut yang kosong?
Benda yang menentukan kemaslahatan anda?
Benda yang menentukan hidup atau mati anda?

EMAS!

"Belilah emas bila berpeluang"
"Belilah emas kerana emas adalah wang"
"Belilah emas untuk keselamatan"



August 27, 2010

JENIS DAN KETULENAN EMAS DAN PERAK

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam  24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.


STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800

KEISTIMEWAAN EMAS:

1. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
2. Kalis inflasi & tidak terjejas dgn gelombang politik, ekonomi atau sosial sesebuah negara
3. Wang tanpa sempadan
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
5. Tidak boleh dicipta
6. Price to weight ratio yang tinggi
7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Komen Dato' Salleh Majid - Bijak Wang TV 3

1. “Sejak 5 tahun kebelakangan ini harga emas meningkat sebanyak 250% (tahun 2005-2009)”
2. Ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 50% setahun
3. Namun kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih rendah. Pulangan FD cuma adalah 2%-4% setahun. Pulangan daripada pelaburan emas adalah jauh lebih tinggi. jadi adalah lebih bijak kita   menyimpan kekayaan dalam bentuk emas!

August 21, 2010

Bagaimana memulakan pelaburan emas anda?

Hari ini kita akan berkongsi cara-cara mudah untuk anda memulakan pelaburan emas tetapi ia hanyalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

a. Syiling emas b. gold bar.

Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)

Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.


Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .

Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:


- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin



Pilihan ketiga:

a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K) Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.







Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan:
Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

August 19, 2010

Kenapa anda perlu membeli emas?

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang. Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun. Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)

Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia. Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan.
 

Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.

Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas. Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini.

Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel saya yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM. Ramai pelabur yang rugi.
Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul. Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.

Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung. tapi kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…

Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.


August 15, 2010

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record”

Mengapa memilih Public Gold sebagai pembekal emas fizikal utk pelaburan masa depan anda?
kerana Public Gold merupakan satu-satunya pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.   

Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?
Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer.

Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujikaji terhadap logam berkenaan dan berpuas hati dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan.
Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.

Ini adalah contoh gold bar yang disahkan ketulenannya oleh “Certified Assayer”. Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.


Antara produk yang dikeluarkan oleh Public Gold ialah :
1. Gold bar Public Gold 20 gram
2. Gold bar Public Gold 50 gram
3. Gold Bar Public Gold 100 gram
4. Dinar Emas 1 Dinar (4.25 gram)
5. Dinar Emas 5 Dinar (21.25 gram)
6. Dinar Emas 10 Dinar (42.5 gram)




Kesimpulannya.

Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse.

dinar

dinar