January 12, 2016

APA ITU GOLDBAR? - Repost

Goldbar ini adalah jongkong emas tulen 999.9 yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil.

KENAPA HARGA PASARAN GOLDBAR 1GRAM LEBIH MAHAL?

1. Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar.

2. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g),hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali. Kemudian dipacking satu-satu dan ini memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses.

3. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal..

Mulakanlah tabungan emas kita hari ini kerana  nilai duit semakin hari semakin jatuh dan tidak stabil tetapi situsi  mata wang tidak akan sekali-kali menjejaskan nilai emas malah ia tetap akan terus naik.

Kesimpulannya zaman 70an 20sen boleh beli mcm2 zaman sekrng RM3 baru boleh beli


Zaman dulu beli emas 1grm RM20, RM30 sekarang RM170. Usah tunggu harganya jadi tak mampu milik baru nak  beli.

Boleh beli secara online di sini : Order online  atau hubungi 012-33 99 034.


January 02, 2016

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas.

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik walaupun ada kalanya ia turun seketika.

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang.

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang.

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga.

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam.

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat.

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga.

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat.

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan.

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai.

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga.

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah.

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar.

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan.

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import.

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan.

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil.

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup.

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar.

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank.

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan.

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang.






       

December 28, 2015

Fakta tentang Emas & Dinar

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

" Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

December 26, 2015

KENAPA RAMAI YANG MASIH TAK BELI EMAS?

Selalunya ini antara jawapan  yang mereka akan berikan :
---------------------
1. Nak fikir dulu, nak kaji instrument mana yang terbaik untuk pelaburan tapi lepas kaji tak juga beli sebab dah overloaded dengan info yang dia sendiri tak pasti macamana nak buat keputusan.


2. Sibuk nak tahu perbezaan spread tapi tak mahu menimba  ilmu emas. 

3. Fokusnya bukan nak menyimpan tapi nak jual balik dalam masa terdekat untuk buat untung je. Emas ni bukannya saham.

4. Macam mana nak buat untung dgn emas? Banyak cara nak untung, asalkan emas tu ada kat tangan, bukan atas kertas atau alam maya..

5. Takut pulak BNM serbu company yang mereka joint tapi tak nak siasat & dapatkan bukti sahih dari BNM.

6. Takut rugi sebab harga emas jatuh...padahal masa nilah untuk menambah pelaburan emas. Beli emas bukan utk dijual esok lusa. Kita simpan utk jangka masa yg panjang. Andai terdesak sangat, barulah pajak. Itulah fungsi Ar Rahnu, pajak gadai berkonsep Islamik. 

7. Pelik, kenapa org kata emas tu duit? Kena tau apa maksud wang sebenar, kena kaji sejarah. Dulu² org guna apa sbg emas, dan wang kertas yg kita duk guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi utk menindas dan berkuasa di dunia ini.

8. Tak faham kenapa perlu simpan emas. Kajilah dulu, selidik la dulu, cuba simpan satu! 

9. Tak nak membazir. Satu masa dulu, harga emas RM30+/g, sekarang dah hampir RM200/g.. kat mana yg membazir tu ye...

10. Takut nak simpan emas, takut kena rompak, hilang dan sebagainya. Kalau kena curi, hilang, bukan emas je. Apa² pun boleh dicuri..so pandai²la nak elakkan. pandai²la sorokkan. 

TAKKAN SEBAB TAKUT KENA CURI, MAKA KITA TAK BELI EMAS???

Wang kertas yg kena rompak hari² (susut nilai sbb inflasi) tu tak takut ke? Setahun susut nilai hampir 16%. Simpan RM1,000 tahun ni, tahun depan jadi RM840. Kalau 10 tahun lagi?

Simpan emas berharga RM1,000 tahun ni, tahun depan jadi RM1,200. Mana yg anda nak????

11. Tak dapat pulangan bulanan, dividen dan hibah. Yang macam ni lebih suka join skim cepat miskin. Baik niat dari awal, sedekah duit modal tu... Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah.

Ubah mindset kita, utk kesenangan anak² dan keluarga dunia akhirat kita, insyaALLAH.

Sumber : Sahabat yang cintakan emas




November 22, 2015

Siapa yang tak suka emas?

Anak kecil pun suka emas kerana ia suatu yang bernilai malah menjadi lambang kekayaan,
kejayaan dan prestij pencapaian dalam  kehidupan seseorang.

Actually, emas ni tak ada beza pun dari dulu hingga kini.
Kalau 
1gm tetap 1gm, tak akan berubah.

Yang berbeza adalah syarikat yang 
menjalankan bisnes emas ini je, ada yang menggunakan straight forward trading method ada yang menggunakan teknik seakan multilevel marketing ada juga yang bertopengkan perniagaan tetapi sebenarnya skim cepat kaya.

Apa pun kita mestilah tidak memilih untuk menyertai skim cepat kaya kerana ia meleburkan wang kita.


Yang penting kita kena tahu emas adalah logam yang sangat berharga yang mesti dimiliki kerana ia sangat bernilai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluaruh dunia, ia tidak akan ketinggalan zaman, kalis inflasi & dari segi ekonomi ia adalah penyimpan nilai yang sangat hebat.

Kita boleh mula menyimpan emas dengan harga yang mampu milik sekitar RM200.00 segram sebulan atau setiap 3 bulan, janji kita mempunyai simpanan dalam bentuk emas supaya dalam tempoh 5 tahun kita ada 36 gram emas yang jika harga meningkat menjadi RM500 segram @ 36 gram = RM18,000 [andaian purata harga beli @ RM10,800] keuntungan yang kita perolehi tanpa berbuat apa-apa adalah RM7,200. Mungkin juga jumlah ini boleh dijadikan sebahagian dari deposit rumahku yang pertama!




November 11, 2015

Membedakan emas asli dan palsu

Kita mesti ambil tahu emas yang kita miliki ini tulen atau palsu.
Tonton video ini sebagai panduan.


dinar

dinar