September 22, 2013

Simpanan & Pelaburan Emas Fizikal Public Gold di Malaysia

Memang tak dinafikan bila nak buat pelaburan  memang banyak yang perlu difikirkan tetapi kalau berfikir je tapi tak bertindak, tak akan ada apa yang akan berlaku...malah mungkin  bila bila kita tersedar hanya penyelesalan sahaja yang akan menguasai kita. 

Betul tak?

Ni  ada sedikit perkongsian yang boleh kita jadikan panduan dari blog saudara Faizan Pelaburjutawan moga melalui Penerangan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas Fizikal Public Gold di Malaysia moga ia dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam menyusun strategi meningkatkan kekayaan kerana emas fizikal merupakan salah satu cara menguasai kekayaan yang unggul.






September 19, 2013

Apakah Ciri-Ciri Pelaburan Yang Sesuai Untuk Membina Kekayaan?

Jikalau kita berbicara mengenai peluang-peluang pelaburan yang bersepah-sepah ada di luar sana, tentunya terdapat beberapa persoalan yang bermain-main difikiran anda. 

Anda pun sudah mula sedar, untuk terus membina kekayaan dan gandakan wang anda menjadi lebih banyak, anda perlu melaburkannya. 

Jikalau hanya mengharapkan wang gaji bulanan daripada pekerjaan tetap anda sahaja semata-mata, memang jangan haraplah anda mampu jadi kaya dan hidup senang dikemudian hari. 

Kalau diberi peluang untuk melaburkan wang anda, pastinya perkara-perkara berikut menjadi kriteria utama atau ciri-ciri pilihan anda:

1.   Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.

Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.

2.   Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah-payah tengok graf depan PC siang-malam-pagi-petang. Contoh di sini adalah seperti pelaburan di pasaran saham atau FOREX. Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!

Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.

3.   Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.

Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.


4.   Jenis pelaburan yang boleh membuatkan anda berasa bangga apabila bercakap mengenainya bersama-sama rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara anda. Bukan seperti kalau anda join MLM atau Insurans. 

Memang CONFIRM saya gerenti, anda pun macam ‘malu-malu kucing’ untuk nak bagitahu yang anda sedang jalankan perniagaan tersebut.

Owh, memang seronok bukan kalau ada satu jenis pelaburan yang benar-benar memenuhi ciri-ciri di atas tu?

“Encik Syukor, ada ke pelaburan yang macam tu sekali?” anda tanya saya.


Pelaburan yang dimaksudkan adalah yang lain dan tak bukan …



Dapatkan segala rahsia & teknik pelaburan emas  hari ini,
klik link ini


TIPS EMAS : Harga Paras Rendah

Harga 1 dinar pagi ni sekitar RM634.00. 





Harga tertinggi dalam sejarah ialah sekitar RM830 pada tahun 2011. Penurunan mendadak April 2013 lepas menyebabkan harga 1 dinar turun serendah RM550. 

Ini disebabkan sentimen pemulihan ekonomi US membuatkan semua pasaran komoditi berlaku penurunan. Sekarang adalah musim yang baik bagi sesiapa nak perbanyakkan pemilikan emas - 11 Ogos 2013

Jadi simpanlah emas segera bagi memastikan sumber kewangan kita terjamin.

Nak tengok harga emas hari ini ? 

Klik di sini  :   http://www.publicgoldbar.com/

Nak order emas secara online ? 
Register dulu sebagai pelanggan Public gold di link di bawah ni :
http://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_user&view=login&Itemid=511&lang=en

Jika anda tak tahu bagaimana nak daftaronline ikuti langkah-langkah pembelian secara online di link di bawah ni :

http://www.publicgoldbar.com/2013/09/ingin-memiliki-membeli-emas-fizikal.html


Sumber perkongsian : 
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2012/09/teknik-mengambil-untung-pelaburan-emas.html#ixzz2fI9qlFEG

Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

Dulu start modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti…
Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. 

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. 

Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ at least setahun sekali.


Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.






Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. 
Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. 
Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. 

Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). 

Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.


Harga Emas Paling Rendah & Tinggi

Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas :-

harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. 

Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. 

Ini sekadar pemerhatian umum jer.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, beli awal tahun, jual akhir tahun. 

Lepas jual, kira berapa EXTRA CASH yang ada ditangan. Duit modal asal tu simpan dulu dalam Tabung Haji untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.


Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung pelaburan emas - belian semula

Kat sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping jer sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping… 

Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. 

Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)


Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Lain la macam saya. Saya simpan emas untuk WEALTH PROTECTION. Saya tak peduli harga emas tinggi rendah, tapi yang penting, harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak peduli sangat harga tinggi rendah. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak makan duit untung tu.




sumber perkongsian  : 
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2012/09/teknik-mengambil-untung-pelaburan-emas.html#ixzz2fI9yrVCC

September 11, 2013

Mohon kerjasama, bantuan dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Assalamualaikum sahabat...

Saya mencari saudari NORAINA FARAH BINTI MD RAHIM, beliau adalah salah seorang pembeli goldbar & dealer Public gold yang telah membeli & menjadi dealer melalui AIDAQ pada tahun 2011 tetapi sehingga kini beliau masih belum menuntut sejumlah besar goldbar yang dibeli. 

Sila hubungi/PM saya dengan kadar segera supaya saya boleh membantu beliau menuntut goldbar yang masih tersimpan di cawangan Public gold.

Saya mohon ahli keluarga NORAINA FARAH BINTI MD RAHIM menghubungi / pm saya segera atau jika NORAINA FARAH BINTI MD RAHIM sendiri membaca post saya ini, sila hubungi saya segera kerana goldbar tersebut tidak dituntut sejak tahun 2011! 

Apapun saya sangat menghargai kepercayaan NORAINA FARAH BINTI MD RAHIM kepada AIDAQ.

- aidaq eperolehan/MOF 
012-3399034

September 05, 2013

Ingin Memiliki & Membeli Emas Fizikal Public Gold Secara Online?

Niat dihati memang nak beli emas tapi bimbang
pula kena tipu dengan agen tapi kalau tunggu lama-lama rasanya sampai bila pun tak dapat nak simpan emas dan menjadikannya satu pelaburan yang menguntungkan.

Jika anda rasa teragak-agak nak membeli emas melalui agen, apa kata beli terus ke Public Gold ?

Di bawah ini saya sertakan langkah-langkah mudah untuk anda mendaftar dan membeli emas goldbar, dinar, dirham dan barang kemas yang cantik untuk dipakai mahupun untuk dihadiahkan kepada sidia yang tersayang. klik www.publicgold.com.my 

Anda ikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan dan buat bayaran terus ke akaun Publicgold, mereka akan menghantar emel  atau anda boleh juga hubungi mereka untuk mengetahui bila anda boleh mengambil emas tersebut (dari cawangan yang anda pilih semasa pendaftaran).
















August 24, 2013

Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013.

Secara ringkasnya:

1. Majoriti penganalisis daripada bank terkemuka seperti Bank Of America, Goldman Sachs, Barclay Capital, BNB Paribas dan UBS menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz

2. Prestasi harga emas tahun 2012 diterangkan secara panjang lebar dalam buku Panduan Pelaburan emas (mukasurat 3)

3. Krisis zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas

4. Masalah Amerika Syarikat – Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik (mukasurat 4)

5. Pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pust di seluruh dunia ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak stabil.

Faktor-faktor yang terhampir yang boleh memberikan kesan positif terhadap harga emas adalah:

1. Masalah Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik mendadak. Apabila harga minya naik mendadak, biasanya harga emas turut serta naik.

2. Peningkatan permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange) boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan peningkatan harga emas fizikal.

3. Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.

Banyak lagi maklumat-maklumat yang anda boleh perolehi daripada laporan ini.
Saya harap anda boleh download dan membacanya.  


Klik sini untuk download Panduan Pelaburan Emas 2013 (klik)

Mari berkongsi ilmu!

Kongsikan laporan ini dengan semua rakan anda yang ingin mengetahui potensi emas pada tahun 2013 dan seterusnya. Anda boleh forwardkan artikel ini kepada mereka atau kongsikan dengan rakan-rakan FB anda.

Rakan-rakan anda pasti berterima kasih kepada anda.




dinar

dinar