June 20, 2013

Rahsia pelaburan emas : Susutnya Nilai Tunai Setiap Tahun Berbanding Emas

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. 

Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.

Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. 

Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

sumber ilmu  :  http://www.hargaemas.com.my

May 08, 2013

Tips 7 'Jangan' Dalam Simpanan Emas!

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 'Jangan' dalam simpanan emas ” ini. 

1.Jangan malas Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.

Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis. Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas, syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi. 

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva, jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline. Boleh klik menu “Kelas Emas”.

2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-rahnu kebelakangan ini. Peranan ar-rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak? Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70. Contoh seperti ini: Katakan emas 999 100g berharga RM10k, pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar-rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini. Apa cerita dengan pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan. Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.

Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar-rahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli, kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain. Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.

Paling menyedihkan, mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen. Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Ar-rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas. Ini juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

3.Jangan jual emas anda Jangan jual emas anda tanpa sebab. 
Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi, dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.

4.Jangan simpan wang kertas Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya. Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas. 

5.Jangan tunggu 
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal, jadi masa bila emas murah? Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. 

Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram, ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana, lagi untung!

6.Jangan tolak 
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.

Saya dah bermula, anda bila lagi? Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham, dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang. 

7.Jangan pentingkan diri sendiri Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. 7 Tip yang berguna daripada sahabat blog Jutawan Gold.

Sumber ilmu dari : blog Rahsia Jutawan Emas

April 26, 2013

emas oh emas!

EMAS ialah kekayaan yang sebenar - aset sebenar. 

EMAS mempunyai nilai intrinsik - semua orang di muka bumi ini tahu 
EMAS adalah barang berharga. 

Harga EMAS sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang - 2005-2009 peningkatan sebanyak 250% Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang - contoh, Zimbabwe, Jerman, Perancis, Iceland. 

EMAS adalah aset yang terunggul - penyimpan kekayaan. 

EMAS tidak boleh dimanipulasi - tidak boleh dimusnahkan. 

EMAS sukar diperolehi - menyebabkan harganya tinggi.

Apa pandangan anda? Jom simpan emas sebagai perisai Ringgit kita. 
Hubungi kami 012-3399034

April 19, 2013

Harga emas yang jatuh ni maknanya...?




Sejak 2 minggu lepas harga emas memang menunjukkan penurunan yang ketara dari RM165/g ke RM155/g. Actually ini lah peluang keemasan sebenar untuk menyimpan kekayaan kerana pelaburan di dalam emas pasti tidak akan pernah mengecewakan pemiliknya.

Inilah masanya anda patut tersenyum & laburkan wang anda di dalam emas.

Hubungi kami segera hari ini, jimatkan wang anda & tingkatkan nilai pelaburan anda!

April 18, 2013

Semak harga emas terendah hari ini!

Terima kasih kepada sdr Mohamad Azri yang telah sudi memberikan saya code HTML harga emas Public gold. Harap info harga yang ada dikanan blog ini dapat membantu anda membuat pemantauan harga & segera membuat order dan mula menyimpan emas sebagai aset masa depan anda.


Membelilah pada ketika harga yang sangat rendah spt sekarang. 

Harga Emas Jatuh. Apa nak buat?

Assalamualaikum, lama juga saya tak update tentang emas ni tapi info dari Sifu saya sdr Syukor Hashim ni sangat berbaloi. Jom update info tentang situasi pergerakan harga emas hari ini.

Wow! harga emas jatuh banyak? Apa nak buat?

Jawapannya, beli stok emas fizikal sementara stok masih ada. Untuk pengetahuan anda stok emas fizikal di bank-bank kebanyakannya dah tiada! Saya mendapat sms dari rakan-rakan yang pergi ke bank, mereka memaklumkan kepada saya stok emas fizikal habis.


Orang berpusu-pusu membeli emas fizikal kerana harganya jatuh banyak.

Jadi, apabila harga emas jatuh banyak, beli emas fizikal. Simpan emas sebagai aset @ harta anda.


Jangan ingat bila harga emas jatuh teruk maka orang takut untuk membeli emas. Ini adalah masa memborong emas!

Soalan: Bilakah masa terbaik untuk membeli aset @ harta? Sudah tentu bila harga aset tersebut jatuh!


Bagi mereka yang membeli emas untuk keuntungan pelaburan, mungkin akan rasa resah sebab harga emas jatuh, jadi kena tunggu lagi. Bagi mereka yang membeli emas sebagai aset@ harta. Memang mereka akan senyum. 


gold_2013
gold_2013_a
gold_rush


http://www.thehindu.com/news/cities/Kochi/dip-dip-hurray-price-slide-spurs-gold-rush/article4624265.ece

Baiklah, bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai situasi harga emas semasa, anda boleh menghadiri seminar saya “Kenapa anda perlu menyimpan emas?”

Ini jadualnya.

seminar_pelaburan_emas_april_2013

Bagaimana cara hadir ke seminar ini?

SMS nama anda dan lokasi pilihan anda ke : 013-3819901.

Okie, jumpa di seminar!

January 20, 2013

Dah zakat ke?



Diam tak diam dah lebih setahun emas tu dalam simpanan kita, maklumlah nak dijual harga masih ditakuk lama, nak dipakai tak berani rasanya sejak peragut makin berani mengganggu ketenteraman hidup dikota mahupun desa. Jarang sangat dah kita lihat 'mami jarum' berlenggang kangkong kesana kemari pakai gelang sampai kelengan, kan?  eerrmmm... tapi apa pun zakat tetap wajib dikeluarkan sebab ia salah satu dari rukun yang wajib atas setiap org Islam. 

Bukan banyak pun cuma 2.5% je dari kadar uruf emas, pengalaman sayalah selalunya selepas keluarkan zakat pasti ada rezeki lain yang datang dari punca yg tidak disangka2  & yg bestnya mesti lebih dari apa yang telah saya keluar malah banyak kali jugak lepas niat nak keluarkan zakat mesti ada projek yang masuk....syukur sangat.

Ni ada sedikit soal jawap dari website zakat Selangor yea... 

1. Saya mendengar sesetengah orang mengatakan bahawa, emas yang dipakai tidak wajib dizakatkan? Adakah ia benar?

Jawapannya, emas yang dipakai wajib dizakatkan. Namun begitu, ia dikira berdasarkan kepada uruf (cara dan corak pemakaian emas setempat). Uruf pemakaian emas di Selangor tidak sama dengan di Kelantan, kerana kaum wanita Kelantan memang terkenal suka memakai banyak barang kemas. Jika emas yang dipakai itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib zakat ke atasnya. Di Selangor, kadar uruf emas ialah 800 gram.

Kita boleh mengira sendiri zakat emas. Ambil semua emas yang dipakai dan timbangkan, kemudian darabkan berat emas itu dengan harga emas semasa bagi mendapatkan jumlah RM keseluruhan emas itu kemudian dibandingkan dengan harga emas berdasarkan berat 800 gram tadi (uruf). Jika ia belebihan dari harga emas 800 gram, maka barulah diwajibkan zakat.

2. Saya menyimpan emas di rumah dalam bentuk jongkong dan ada juga emas perhiasan yang sudah rosak dan tidak dipakai. Apakah emas itu wajib dizakatkan?
Emas yang disimpan dalam bentuk apa sekali pun, adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Caranya, ambil semua emas itu dan timbang kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus bagi mendapatkan nilai zakat.

3. Jika seorang anak perempuan memakai emas perhiasan pada badannya, adakah dia juga wajib dikenakan zakat?
Pertama, pastikan dahulu jumlah emas itu melebihi uruf. Kedua, menurut pandangan ulama’ yang rajih hendaklah dizakatkan emas itu. Iaitu, dizakatkan oleh wali atau penjaganya. Inilah pandangan di sisi Syafie dan Maliki. Bahkan ada hadis yang jelas menyuruh agar penjaga harta anak-anak yatim agar mengembangkan harta-harta itu agar tidak habis dimakan oleh zakat. Seperti mana sabda rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya, maka hendaklah dia berniaga untuknya, dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga ia habis dimakan oleh zakat,” (Hadis Abdullah bin Umar daripada ad-Daruqutni) 

Kalau nak tahu lebih lanjut lawat website zakat Selangor atau call je, InsyaAllah mereka sangat friendly.



dinar

dinar