December 20, 2011

Ayuh, kita ubah hidup kita dengan maksimumkan potensi silver.

Pelaburan silver mampu memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana peratus kenaikan harga silver tahun 2010 sahaja adalah 80 peratus. Sejak 5 tahun lepas pula harga silver secara purata meningkat purata 88.7% Ini adalah kenaikan yang amat besar dan mampu membuat pelabur silver tersenyum lebar.

Sumber: http://silverprice.org/silver-price-history.html

Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.

  • Kos Pelaburan Rendah – Memang betul. Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Anda tak perlu keluarkan sehingga beribu ringgit untuk membeli sejongkong silver. Malah, anda boleh gandakan keuntungan pelaburan anda berlipat kali ganda tanpa sebarang tambahan modal. Baca sehingga habis laporan ini kerana saya turut berkongsikan strategi HEBAT itu! 
  • Risiko Tinggi, Untung pun TINGGI! – Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 - 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!
  • Silver VS Emas VS ASB – Jika saya diberi pilihan untuk melabur dalam ketiga-tiga bidang pelaburan itu, saya gerenti, saya akan abaikan emas dan ASB. Ini kerana, peratusan kenaikan harga silver adalah 1.6X ganda daripada emas. Manakala, dividen ASB hanya 8-9% sahaja setahun. Mana nak untung macam tu!
  • Sumber Kurang, Permintaan Tinggi – Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz tetapi, keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak. Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.

Tak kira apa pun matlamat anda ....ANDA pasti mahukan wang pelaburan anda untuk..
  • Simpanan di hari tua – Usia anda makin lanjut. Bukan makin muda. Jadi, untuk menjamin masa tua anda nanti, anda perlu membuat simpanan. Tetapi, disebabkan anda mempunyai hutang. Anda gunakan duit simpanan untuk membayar hutang. Lama-kelamaan, duit simpanan anda semakin susut. Disebabkan duit simpanan anda hampir habis, anda join pula skim cepat kaya. Hasilnya anda muflis!
  • Beli hartanah – Anda memang perlukan duit untuk beli hartanah. Sekurang-kurangnya, anda harus sediakan RM5,000 untuk bayar deposit hartanah. Walaubagaimanapun, impian anda untuk memiliki hartanah tak kan tercapai. Sebabnya, anda tak ada duit simpanan. Tambah-tambah anda mempunyai banyak hutang. Buat loan untuk beli hartanah? Bermaksud hutang anda semakin bertambah!
  • Belanja kahwin – Perbelanjaan kahwin sekarang ni makin mahal. Nak memetik bunga di taman, sekurang-kurangnya anda kena siapkan 20K. Barulah anda senang duduk. Kalau tak, jangan mimpi anda dapat kahwin dengan gadis pilihan. Tapi, jika duit anda cukup, anda nak buat majlis kahwin yang gilang gemilang macam artis pun boleh!
  • Belanja universiti anak-anak nanti – Kita mahukan pendidikan terbaik untuk anak kita. Jika anak-anak anda masih belum sekolah atau bersekolah rendah rendah lagi, anda boleh mencari pelaburan JANGKA PANJANG yang memberi pulangan yang tinggi. Kos pengajian tinggi mungkin meningkat 2-3x kali ganda dari sekarang. Namun begitu, dengan perancangan pelaburan yang baik, anda mungkin tidak perlu mengambil apa-apa pinjaman untuk menghantar mereka belajar di LUAR NEGERI.
So... pastikan anda mula memikirkan, berkira-kira & mula menyimpan silver hari ini yea.

December 12, 2011

Tip melabur dalam perak/silver

SILVER LAGI HEBAT DARI EMAS? Betul ke? Ramai yang
sedia maklum bahawa pelaburan emas sangat menguntungkan, dan
antara paling selamat. Memang tidak dapat dinafikan.

Memang betul...

Tapi tahukah anda? Bahawa SILVER@perak adalah salah satu
pelaburan logam yang paling untung, selamat tapi murah, selain
daripada emas.

Bagaimanakah dikatakan silver lebih untung daripada emas? Mari
kita baca di bawah:

Kebanyakan pelabur terlampau mengukur kenaikan harga dalam bentuk
matawang. Ramai yang lupa bahawa kenaikan sepatutnya diukur dalam
bentuk peratusan. Cuba tengok graf – graf ni 

Hebat bukan..

Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan
harga emas. Kalau kita letak RM1000 dalam pelaburan emas pada
akhir 2001 kita akan dapat balik lebih kurang RM4923.60 hari ni.
Kalau letak kat perak, anda akan dapat RM7976.60. Jauh lagi
HEBAT!

Jadi, tahu kan kenapa SILVER lebih untung dari emas?

Ada lagi rujukan tambahan ...kalau nk download ebook PDF
di URL di bawah:
--->labursilver.com/Ebook1.pdf

Semoga perkongsian diberikan bermanfaat.

October 15, 2011

Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012

Terpanggil pulak nk share info ni kat blog publicgoldbar ....Lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.

Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.

Kenyataan LHDN :Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012Bernama

Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakkan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu... baru gentlement.

info : by denaihati

September 22, 2011

Cara bijak menyimpan wang

Mengapa ringgit boleh susut nilai?
Kerana ringgit adalah fiat money atau wang fiat.

Apa itu fiat money?
Matawang yang dikeluarkan tanpa dicagarkan kepada apa2 logam berharga.

Ringgit bersandarkan kepada dollar Amerika (USD) yang mana USD tidak bersandarkan kepada apa2 logam berharga. Ini membuatkan ringgit dan apa2 juga fiat money tidak stabil, susut nilai kerana inflasi. Ini dapat dilihat apa yang berlaku di Zimbabwe baru2 ini. Rakyat Zimbabwe terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk mendapatkan sebuku roti. Apa terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai wang sebanyak itu....

Emas dan hartanah adalah dua cabang pelaburan yang patut diberi perhatian. Untuk menceburi bidang hartanah memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Rata2 pelaburan emas mampu diceburi oleh ramai diantara kita. Apa yang perlu kita buat ialah tukarkan simpanan dari ringgit kepada emas.

Mengapa perlu menyimpan dinar dan emas?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Mengikut stastik dari Bank Negara Malaysia, nilai syiling Kijang Emas 1oz pada 18/07/2001 ialah RM1,082, manakala harga pada 29/05/2011 ialah RM4,564.
Peningkatan yang begitu ketara sekali. Purata kenaikannya melebihi 20% setahun.

Cuba fikir2kan.... simpan ringgit atau simpan emas....

September 17, 2011

Pelbagai kos jual beli emas fizikal

EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh 2 tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60% dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150% dalam tempoh 4 tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.

Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian (we buy) dan harga jualan (we sell). Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.

Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.

Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.

Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.

Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.

Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan. Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.

Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).

Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.-Utusan

June 19, 2011

Sekitar Majlis Makan Malam Master Dealer Public gold.

eemmm…walaupun sibuk sangat dengan persiapan untuk program ePerolehan/MOF di Perlis & beberapa projek yang datang bertindih,  sempat juga saya mencuri masa hadiri majlis makan malam Master Dealer Public Gold tadi di Vistana Hotel dengan Dato’ Louis Ng, Executive Chairman Public Gold. banyak juga perkara penting yang di bincangkan bersama...
Tahniah kepada perancangan Public Gold yang sangat positif malah ia membantu menyemarakkan semula suasana yang agak lembab sejak Ar Rahnu Agro Bank membuat keputusan tidak menggambil gadaian gold bar lagi.
Ni ada beberapa berita baik yang saya nak kongsikan :
1.    InsyaAllah dlm masa 3 tahun ini, PGold akan go for listing di BSKL so semua dealer akan mempunyai peluang untuk mendapat ‘pink form’ dgn syarat mesti perform untuk qualifiy jumlahnya ye…

2.    Walaupun kecoh dengan kepayahan untuk menggunakan teknik gadaian Ar Rahnu di Agro Bank kebelakangan ini, PG telah mengambil inisiatif melalui Royale Safe dengan menawarkan ‘pinjaman’ 70% dari nilai emas semasa dengan kadar upah 1% sebulan bagi tempoh 6 bulan tapi ini khas kepada semua dealer Public Gold sahaja! Sesiapa yang nak jadi dealer PGold..... download borang ni, isi & bawa ke Public Gold.

       Nak tahu lebih lanjut…? Call 012-3399034 yea

3.    Kenapa nak pilih PGold sedangkan nak jadi dealer syarikat xxxx baru RM5,000.00?
Fikirkan ini…
a.    Harga emas semasa PGold adalah antara antara terendah
b.    Kemampuan PGold menjamin belian balik emas oleh PGold – walau calar, patah dsbg dengan syarat  jangan kurang berat
c.     Keupayaan ‘buy back’ oleh PGold sekitar RM600,000.00 sehari , semua belian balik akan dileburkan   semula di kilang PGold
d.     Pengiklanan di dalam news paper utama seperti Metro & Berita harian percuma
e.     Cawangan PGold ada hampir disemua negeri
f.      Seminar percuma untuk meningkatkan ilmu emas hampir setiap hari di seluruh negara
Sebenarnya ada banyak lagi yang dikongsi dikalangan Master dealer dengan Dato’ tapi cukuplah setakat ini yea….
Apa pun kita ambillah kata-kata si Nabil…..’Lu pikirlah sendiri!’……harga emas masih di ‘correction time’ eloklah kita membeli & menyimpan emas mulai sekarang supaya 3 tahun akan datang simpanan emas kita mampu berganda dengan mudah & cepat disamping menggunakan kemudahan & teknik ‘Royale Safe’ yang baru diperkenalkan oleh PGold ini.
Harap mana-mana Master Dealer yang menghadiri majlis tadi sudi berkongsi tips diruangan komen kat bawah tu yea…
Thanks to everyone who makes this dinner so entertaining…
 ‘Sharing is caring…’

June 07, 2011

Tips-Tips Emas bila harga turun

Ni nak kongsi sikit ...ada sahabat kata tunggu harga turun lagilah baru nak beli tapi cuba fikirkan tips kat bawah ni...


KEPADA :-

Pelabur EMAS
"masa turun inilah kena tambah stok lagi (sebab kalau tunggu lagi...tetiba je harga naik mendadak pulak, macamana?).....bila naik harga nanti bestnyaa ...so cari Aidaq dan agen2 berhampiran....x de duit buat ? Masa nilah fikirkan personal loan...."

Pembeli EMAS
"rasa macam malas dah melabur dalam emas...nak melabur dlm tempat/bakul lain pulak.....jual emas anda pada Aidaq & agen2 berhampiran"

Peniaga Emas"baik aku tambah stok untuk diri sendiri........peduli apa harga naik ke turun....jangka masa panjang pun emas naik harga jugak...kan kan kan??"

Ragu-Ragu dengan EMAS
"buat don't no je la......lantak la korang dengan EMAS korang.....aku dah cukup makan...cukup pakai.....duit aku simpan je dalam peti besi banyak2...ada 1 juta......thn depan pun nilai 1 juta jugak.........nak pakai ambil la RM100.....RM1000 ke...sikit2 aku ambik sampai abis....."

Pemerhati Emas....
"aku kena ambil tindakan drastik......kena beli emas banyak2 ini......karang harga naik kepada USD1500....aku terlopong je tgk tokey2 emas makin kaya......... keh keh keh....."

Bakal Agen
"aku nak isi borang yang kat sebelah dan jadi agen...baik aku sendiri jadi tokey emas...dapat komisen 1.0%....untung buy back....spekulasi harga emas......boleh bagitau kawan2 yang ramai lagi tak tahu pasal pelaburan emas ini....9/10 pendapatan dari perniagaan"

Aidaq"aku sendiri lock emas utk stok peribadi & jualan" beringat untuk diri sendiri dulu...keh keh keh......pay may self dulu...."

So, bak kata nabil....Lu Pikir La sendiri....tanya status kesihatan kewangan masing masing.

tips : perkongsian bersama pokli

dinar

dinar